Monday, August 15, 2011

Pengakuan MAIWP - Zakat

Apa yang susah sangat ni sampai ada yang tercicir dari menerima wang zakat .., Kita ketahui bagai mana iklan zakat yang banyak terdapat di iklan TV mahupun benner di merata tempat ..
tapi tak ada iklan dan benner yang memberi tahu bagai mana dan apa yang kita perlu tahu tentang pemohonan atau kelayakan menerima zakat ..?

Sepatutnya pihak zakat dan pegawai zakat turun padang sendiri dan cari dengan lebih teperinci supaya tiada yang tercicir ..

Jangan hanya tengok pada zahir penerima sahaja .. ada yang nampak ok , tapi hidup penuh dengan bermacam tekannan seperti ada ahli keluarga yang sakit yang perlu duit rawatan yang tinggi dan pihak ketua keluarga tak mampu untuk berhadapan dengan keadaan tersebut juga perlu di ambil perhatian ... dan bagai mana sekiranaya anak umat islam mendapat tawaran ke instiusi pengajian tinggi di luar atau di dalam negara dalam masa yang sama keluarga tidak mampu untuk menajenya , itu juga pihak zakat perlu menwawarkan adakah ia juga dalam perhatian pusat zakat............. Supaya umat islam terbela dari sudut kewangan dan pembelaan dari semua sudut...



Laporan yang diambil dari -SH

Keciciran penerima zakat SHAH ALAM – Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak menafikan bahawa wujudnya keciciran dalam kalangan penerima zakat ekoran daripada beberapa faktor antaranya jenis permohonan yang dibuat tidak bersesuaian, lebih Had al-Kifayah dan bukan warganegara Wilayah Persekutuan. Sumber Bahagian Perhubungan Korporat Baitulmal berkata, keciciran itu berpunca daripada sikap sebelah pihak iaitu segelintir orang awam yang tidak memaklumkan kepada Baitulmal mengenai perkara berkenaan. Menurutnya, wujudnya pihak yang enggan membuat permohonan walaupun menyedari kedudukan taraf hidup selain malu untuk memohon. “Seramai lebih kurang 20 ribu penerima bantuan yang telah layak mendapat zakat, di mana Baitulmal telah memperuntukkan sebanyak RM86.8 Juta sepanjang Januari hingga Jun melalui kerjasama Jabatan Pelaksanaan Penyelarasan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. “Namun, tidak dinafikan bahawa pihak Baitulmal turut memberikan bantuan kepada golongan gelandangan berikutan gagal mengenal pasti status sebenar kewarganegaraan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam. - SH.

No comments:

Post a Comment