Sunday, August 14, 2011

Yang Wajib Perlu Di Dahulukan...

Bacaan Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara itu bukan wajib kenapa ramai yang pertikai bab tu.... Yang perlu kita pertikaikan adalah yang wajib ia itu dimanakah undang-undag Hudud yang patut semua umat islam perjuangkan perlaksanaannya ... Kerana ia boleh mencegah jenayah syariah yang terbesar iaitu Murtad... Rata-rata ibu , bapa yang beragama islam amat khuatir apabila undang-undang hudud tidak dijalankan maka golongan-golongan muda-mudi yang kurang pengatahuan agama akan termakan dakyah dari pelbagai fahamam yang menyeleweng dan sesat lagi menyesatkan ... Kita amat perlukan pencegahan kermurtadtan ini supaya tidak menjadi barah yang amat sukar untuk di ubati kelak...


Umat Islam dan pemimpin Islam dalam negara perlu ada rasa sensetiv terhadap apa yang berlaku supaya dapat dibendung sekarang dan akan datang . Kalau ada pun bab yang ada kilaf dikalangan ulama dan ilmuan perlulah duduk semeja dan ambil keputusan untuk mementingkan masalhad ramai .. supaya tidak disalah fahamkan ..



Berikut Laporan :


Jakim sedia bincang dengan JK fatwa Pulau Pinang



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia berbincang dengan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang berhubung fatwa yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan meminta Jakim membincangkan permasalahan itu kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan pada peringkat pentadbiran terlebih dahulu. "Kita minta Jakim memanjangkan perkara ini untuk diperbincangkan bersama sebab ada perkara-perkara yang perlu kita selesaikan pada pentadbiran yang bukan memerlukan kepada muzakarah ataupun fatwa," katanya kepada pemberita di Majlis Iftar Perdana bersama Menteri di Surau Kampung Kilang Ketapan, di sini, semalam.Beliau berkata isu azan itu juga wajar dibahaskan dalam perbincangan Muzakarah Fatwa agar dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di negara ini. "Saya ada berbincang dengan Pengerusi Majlis Fatwa, hal-hal yang seperti ini elok juga dibahaskan supaya bukan hanya satu pandangan negeri, tetapi diangkat untuk pandangan semua pihak agar sebarang persoalan dapat kita putuskan dengan kebijaksanaan yang boleh berikan manfaat kepada semua umat Islam," katanya.Jamil berkata masyarakat juga perlu memahami situasi yang berlaku di Pulau Pinang itu merupakan keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan ia berbeza dengan peringkat pusat. Beliau berkata pada peringkat pusat terdapat Muzakarah Fatwa dan Majlis Fatwa yang masing-masing mempunyai peranan berbeza. "Majlis Fatwa kita hanya bersidang pada perkara yang berkaitan dengan keperluan terutamanya oleh pihak negeri, Raja-raja (yang) memohon untuk kita membuat satu pandangan dan keputusan pada suatu hukum. "Muzakarah Fatwa pula membincangkan beberapa perkara yang menjadi persoalan ataupun mencari hal-hal yang berlaku di kalangan umat Islam yang memerlukan kepada pandangan daripada para ulama," katanya.- Bernama

No comments:

Post a Comment