Monday, January 16, 2012

Parasit Hasan Ali Dimata Kami..?

Bukan setakat Datuk Dr Hasan Ali sahaja termakan bisikan media umno malah mufti pun terpedaya dengan bisikan tersebut .. Berita yang sampai atau berita yang mereka baca dengan tanpa siasat terlebih dahulu bahawa adakah berita itu benar atau telah ditokok tambah oleh media yang cuba menanam persepsi buruk kepada D.S Anwar Ibrahim supaya ia akan diterima oleh rakyat umum kerana serangan bertali arus telah di rencanakan sehingga menjadi buah mulut setenggah rakyat untuk mengetahui perihal mangsa yang di tujukan supaya kepercayaan terhadap beliau luntur dan sokongan yang beliau dapat selama ini berkurangan dari hati rakyat. cerita itu atas tujuan yang tertentu supaya mereka boleh mencapai matlamat mengekalkan kuasa dengan cara yang telah dipelajari dari penjajah iaitu pecah dan perintah ..


Maka dalam hal ini siapakah Parasit itu dari pandangan kita ? Kita lihat juga Hasan Ali tidak bersabar dan dia sendiri yang bertindak keterlaluan terhadap parti yang telah di persetujui didalam muktamar terdahulu bahawa kepentigan parti perlu di utamakan untuk menjatuhkan pemerintahan yang tidak berjiwa rakyat yang melampaui kepentingan sendiri dari kepentingan rakyat umum dalam pembahagian harta kekayaan negara yang sewenang-wenangnya telah dinodai dengan ketirisan dan rasuah yang beleluasa hingga merugikan berbilion ringgit wang rakyat yang sepatutnya digunakan atas tujuan kepentingan rakyat telah hilang tanpa ada rasa bersalah . Adakah Datuk Dr Hasan Ali terlepas pandang akan tuntutan menegak kan keadilan itu tuntutan Islam ..?


” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8


Seharusnya kita bersatu menumbangkan kebatilan dan menegakan kebenaran supaya ia mudah merialisasikan hasrat dan dasar parti untuk di penuhi dalam kita memperjuangkan Islam sudah pasti ada kesabaran dan kecerdikkan untuk menempuh jalan yang penuh ranjau dan duri .

PAS sendiri takakan mampu menjayakan usaha untuk memberi dan membebaskan rakyat dari dibelenggu ketidakadilan sistem yang merugikan rakyat dan membebankan rakyat selama ini . Hutang negara semakin bertambah dalam masa yang sama kekayaan negara dinodai dengan sikap rakus yang membawa rakyat dalam dilema untuk menuju kearah dunia yang semakin mencabar dan memenatkan untuk menampung kehidupan seharian yang kita terus beruhasa beterusan namum dalam masa yang sama wang rakyat di selewengkan secara berterusan sesukan hati . Itulah sekiranya terlalu banyak golongan professional dalam kepimpinan parti tanpa ada sifat takwa boleh melemahkan parti untuk terus berjuang kearah menuju pencapaian yang termaktub di dalam dasar parti .

Golongan parasit ini mungkin dari golongan yang berebut untuk mendapat jawatan tertinggi dalam parti dan kerajaan .. Bermakna sudah ada dalam parti ini mendahului matlamat diri dari matlamat dasar parti yang di sokong dikalangan pimpinan dalam muktamar tempoh hari , kenapa tidak menolak dari awal setelah disetujui bersama..?

Ini mencerminkan Datuk Dr Hasan Ali telah terpedaya dengan bisikan pihak lawan yang cuba memecah belah Parti Pas dan PR untuk memecah belah dari dalam parti ini. Kenapa dia boleh bersabar dalam 15 tahun terdahulu dan sekarang sudah hampir kepintu putra jaya baru nak melompat-lompat . Sebab dulu PR masih belum ada dan beliau sendiri belum ada jawatan dalam kerajaan negeri dan ketika itu pihak lawan memerintah negeri dan pengaruh mereka kuat . Sekarang sudah lain ketika kita lemah tiada siapa yang nak hampir kita , Apabila kita sudah kuat setelah kita bersatu dengan kekuatan yang lain maka kekuatan bertambah yang bakal menegelamkan keangkuhan musuh , Baru ada resepi baru dari kalangan lawan .. maka sesepi ini semata-mata untuk mecedapkan mereka bukannya kita. Maka adalah dikalangan kita teperdaya dek kerana rasa kesedapan telah dirasai dengan masa yang sama kekuatan diri kurang . Maka terhasilah lebih sudu dari kuah ., Pandangan sendiri dirasai lebih baik dari pandangan jamaah.., Beria-ia menegak benang yang basah ..,

Pemecatan terhadap beliau sudah pasti akan disukai oleh pihak lawan kerana ingin menjadikan salah satu model pilihan raya akan datang .., Tetapi dalam PAS pemecatan ini bukannya asing atau benda baru malah President PAS pun pernah di pecat atas tidak mematuhi dasar dan peraturan parti yang telah dinasihati berulang-ulang kali trlebih dahulu namun masih berdegil , Maka pemecatan adalah jalan terbaik untuk meredakan ketegangan dalam parti .


Apakah kita lupa sejarah peperangan Uhud..?

Tidak Mematuhi Arahan PM..?

Apa sudah jadi dengan kuasa Perdana Menteri Malaysia kini sudah ada yang cuba tidak mematuhi arahan beliau berhubung dengan pembekuan aset terhadap NFC atas dakwaan penyelwengan, projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) .

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan sementara menunggu siasatan daripada pelbagai pihak termasuk dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis. Kenapa urusniaga masih dijalankan ..?


NFC: Perniagaan seperti biasa walaupun aset dibeku

Walaupun asetnya dibekukan, sementara menunggu siasatan polis berhubung dakwaan penyelwengan, projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berkata bahawa "perniagaan berjalan seperti biasa"."Perniagaan syarikat berjalan seperti biasa," kata Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh dalam satu kenyataan hari ini."Inventori daging lembu akan terus dibekalkan dan semua pesanan pelanggan akan dipenuhi. Tidak ada gangguan dalam pembekalan."Wan Shaninur Izmir menambah bahawa aset NFC yang dibekukan sejak Disember tahun lalu tidak akan menjejaskan inventori mahupun bekalan."Saya ingin memberi jaminan kepada pelanggan dan vendor serta kakitangan kami bahawa perkhidmatan akan diteruskan dan peluang pekerjaan mereka adalah terjamin,” katanya.Menurut kenyataan itu, daging lembu NFC dibekalkan kepada lebih daripada 160 pelanggan termasuk hypermarket, pasar raya, pasar mini, pasar basah, pengusaha daging proses, hotel, restoran dan kafe.Tambahnya lagi Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas, Negeri Sembilan akan terus membiakkan 4,500 lembu untuk memenuhi sasaran bekalan daging dalam negara manakala rantaian Restoran Meatworks akan beroperasi seperti biasa.Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan sementara menunggu siasatan daripada pelbagai pihak termasuk dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.Pada tahun 2007, syarikat itu dilantik untuk menjalankan projek ternakan lembu tetapi prestasinya dibidas oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.Ia kemudiannya didedahkan bahawa syarikat itu dimiliki oleh keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Wan Shahinur Izmir adalah seorang daripada anak lelaki Shahrizat.Syarikat itu mengundang pelbagai kontroversi apabila PKR berjaya membuktikan bahawa ia telah membuat beberapa ‘pelaburan’ yang boleh dipersoalkan, termasuk menggunakan pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan untuk membeli kondominium mewah, tanah di Putrajaya dan juga kereta mewah.Khamis lalu, Shahrizat mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa beliau akan bercuti selama tiga minggu sementara menunggu siasatan dijalankan.

Antara Dua Darjat..

Apa bezanya mamat ni dengan mamat yang satu lagi tu.. Pada aku dua-dua pun ada unsur ugutan , tetapi kita boleh lihat di negara kita masih ada system dua darjat, yang satu ni akan disiasat oleh polis , tetapi yang satu lagi macam mana ..?

Ugutan bunuh bukan satu pekara main-main , kita tolak sama sekali pelampau sedemikian tak kira siapa yang menjadi mangsanya ... Polis perlu lebih tegas keatas kes sedemikian jangan double standard.




Sunday, January 15, 2012

Kelantan mahu hapus hutang PTPTN .?

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu.Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005.Husam berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja untuk memperkasa perkhidmatan awam – satu tawaran yang dilancarkan Pakatan dalam manifesto Tawaran Jingga.

Apa tunggu lagi , kita perlu memberi mandat kepada pakatan rakyat untuk mengambil alih Putra Jaya sebab Pakatan sahaja yang akan serahkan balik royalti minyak kepada negeri-negeri yang berhak ke atas royalti minyak itu... bukan macam BN pilih bulu kalau negeri yang diperintah mereka tanpa ada sekatan atau halangan langsung tetapi sekiranya negeri itu diperintah oleh bukan dari mereka maka mereka sanggup melakukan apa sahaja atas tujuan tidak memberikan hak yang sepatutnya... tetapi kalau bagi peruntukan dana rakyat kepada orang-orang yang tertentu , cukup mudah peraturannya yang melibatkan keluarga dan sanak saudara mereka dengan berjuta-juta... Fikir, fikirkan..

Friday, January 13, 2012

Pengisytihar Harta Oleh Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 12.1.2011.

Hari ini, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk juga ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan PR Pulau Pinang. Saya telah mencadangkan 6 langkah integriti untuk memastikan kepimpinan yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus).
6 langkah integriti adalah seperti berikut: Sila klik http://www.penang.gov.my/images/stories/Pengisytiharan%20Aset%20Ketua%20Menteri%20dan%20Ahli-ahli%20MMK%20Negeri%20Pulau%20Pinang.pdf
Pertama, parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan. Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi? Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun.
Kedua, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni. Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan.
Rakyat Malaysia sudah pun kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram (termasuk wang rasuah) sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000 hingga 2009, mengikut unjuran laporan badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI). Skandal RM250 juta “lembu dan kondo” baru-baru ini di mana wang pinjaman untuk projek penternakan lembu yang telah diberikan kepada syarikat kepunyaan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani, telah digunakan untuk pembelian kondominium mewah, menjadi bukti bahawa BN tidak akan berubah.
Tidak hairanlah mengapa laporan terbaru Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) telah menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya di Pulau Pinang, kita telah dipuji oleh TI kerana mengamalkan sistem tender terbuka.
Ketiga, Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan dan juga pendedahan umum kontrak-kontrak kerajaan.
Keempat, semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah mengisytiharkan harta mereka.
Kelima, 125 cadangan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005 hendaklah dilaksanakan tanpa apa-apa syarat, terutama sekali penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). IPCMC ini bertujuan untuk mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa polis. Kegagalan untuk menubuhkan IPCMC hanya menunjukkan ketidak sanggupan Kerajaan BN untuk menangani persepsi negatif awam tentang polis.
Terakhir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah dihukum untuk kegagalannya untuk bertindak atau menuntut tindakan daripada pihak berkuasa ke atas rasuah pilihan raya, terutama sekali kegagalannya untuk mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengenakan had perbelanjaan pilihan raya sebanyak RM200,000 untuk kawasan parlimen dan RM100,000 untuk kawasan dewan undangan negeri.
Sudah jelas terbukti bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukan sahaja bersih dari segi fizikal, tetapi juga bersih dan telus dalam pentadbiran. Kita telah menunjukkan kesungguhan terhadap integriti nasional dengan pengisytiharan harta penjawat-penjawat awam tertinggi, iaitu Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Ini adalah ekoran daripada Akta Maklumat Bebas yang diperkenalkan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tahun lepas serta sistem Tender Terbuka yang telah mendapat pujian daripada Transparency International dan juga Ketua Audit Negara.

LEMBUT GIGI DARI LIDAH..

Polis hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membuat spekulasi mengenai identiti dalang tiga letupan buatan sendiri dekat kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta Isnin lalu, sejurus selepas keputusan kes Liwat II diumumkan Isnin lalu.

Habis tu apa tindakan polis terhadap surat khabar umno yang memetik satu sumber polis yang menyatakan bahan letupan itu dibawa masuk oleh peserta perhimpunan 'Bebas Anwar 901 Ini sudah mendahului siasatan polis... ?


Macam mana rakyat nak bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menghapuskan jenayah di dalam negara , sedangkan mereka tidak berlaku adil dan saksama di atas apa yang mereka katakan .


Kita mahukan polis benar-benar siasat siapakah dalang disebalik letupan yang berlaku dekat kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta Isnin lalu, sejurus selepas keputusan kes Liwat II diumumkan Isnin lalu. Supaya negara kita benar-benar selamat dari ancaman dari golongan pelampau yang cuba merosakan demokrasi dan keamanan negara yang kita kecapi selama ini .. dengan kesabaran rakyat yang mahukan keadilan dalam semua pentabiran dalam peringkat negeri mahupun pusat sudah pasti demokrasi akan kita rasai dengan lebih terbuka dan saksama sekiranya sesuatu berlaku terhadap rakyat atau pun pemimpin hendaklah sama sahaja..

Tuesday, January 10, 2012

Hutang negara dan GDP sama menjelang 2019 jika Putrajaya terus boros, kata pakar ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.
Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.
Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.
Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.
“Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.
“Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi,” katanya melalui emel kepada The Malaysian Insider.
Mohamad Ariff menjelaskan ketika kerajaan mengambil langkah rangsangan fiskal untuk menghadapi krises ekonomi dunia yang mana ia digunakan untuk pembangunan infrastruktur terdapat keperluan untuk mengurangkan perkhidmatan awam, yang menjadi asas pengurusan perbelanjaan Putrajaya.
Katanya perkhidmatan awam Malaysia - terbesar setiap kapita di Asia Pasifik mengikut OECD - meningkat dari 23.3 peratus pada 2007 operasi bajet kepada 33.1 peratus pada 2010, meningkat kepada 41.6 peratus pada 2010 jika bayaran pencen dimasukkan.
Ini adalah beban kewangan utama kerajaan iaitu daripada kos berlebihan, pembaziran dan rasuah yang didedahkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara, kata seorang profesor dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).
“Ia satu keperluan untuk kerajaan mengawal perbelanjaan yang mana ia termasuk mengurangkan perkhidmatan awam, membawa kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan tanggungjawab serta melaksanakan reformasi kutipan cukai untuk mendapat pendapatan,” kata Mohamad Ariff.
Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata Putrajaya perlu mempunyai “kemahuan politik” untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang bertujuan untuk menhentikan kenaikan defisit.
“Kita mesti melakukannya secara konsisten kerana (defisit fiskal) merupakan kelemahan utama ekonomi Malaysia,” katanya.
Yeah berkata Malaysia akan berada dalam kedudukan terbaik untuk mengurangkan defisit fiskal untuk jangka masa panjang jika Putrajaya kekal melaksanakan rancangan itu tetapi mengingatkan ia berdasarkan pertumbuhan tahunan KDNK antara lima hingga enam peratus.
Ini kerana mana-mana kelembapan ekonomi yang berlaku akan mendorong berlakunya potongan gaji dan kadar pengangguran lebih tinggi, yang akan memberikan impak negatif kepada hasil cukai, katanya.
“Terdapat satu hubungan antara pertumbuhan dan hasil kerajaan,” katanya menambah pengurangan setiap satu peratus dalam pertumbuhan KDNK, kutipan cukai akan menurun 0.8 petaus.
“Semasa perlahan kita boleh jangkakan defisit kewangan kerajaan sebenarnya besar.”
Beliau menambah bahawa kerajaan tidak mempunyai masa untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sebagai pendapatan daripada sektor minyak dan gas, yang membantu meningkatkan jumlah pendapatan kerajaan kira-kira 40 peratus, namun dijangka akan menurun dalam tempoh lima hingga 10 tahun kerana hasil minyak Malaysia berkurangan.

Sunday, January 8, 2012

MB: Isu Hasan Ali hanya dibincang selepas 9 Jan

SHAH ALAM - Sebarang tindakan dan isu-isu yang membabitkan Exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Negeri, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) selepas keputusan mahkamah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, buat masa kini tumpuan PR hanyalah kepada keputusan mahkamah berhubung kes membabitkan Anwar berbanding kenyataan yang dikeluarkan Hasan Ali.
“Perkara ini dalam politik akan sentiasa dibincangkan buat masa ini namun fokusnya ialah keputusan mahkamah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kenyataan Dr Hasan terhadap kepimpinan PR akan diambil kira tetapi ia sudah tentu boleh diselesaikan oleh Pas dan PR dan semua itu akan dilaksanakan selepas 9 Januari nanti,” katanya.
Sumber - Sinar Haran Online

Apakah sebenarnya Yang dimahukan oleh Datuk Dr. Hasan Ali yang semakin menyerlahkan diri dari pandangannya jauh dari kesatuan yang di capai oleh Pakatan Rakyat sebelum ini..
Apakah beliau mahu menanam persepsi yang akan menghasilkan pepecahan dikalagan ahli pakatan rakyat dalam memperjuangkan keadilan dalam system
pemerintahan di negara ini .
http://youtu.be/d-SG5PlWfa0
Ikuti pandangan beliau sumber dari Sinar Harian Online
Sekiranya beliau sendiri di fitnah sedemikian rupa , adakah beliau masih berpendapat seperti apa yang beliau kata kan sekarang ni .. Ini isu fitnah .!!! apakah kita mampu untuk berdiam kan diri sahaja. ???

Pas buka semula kes Hasan Ali, bincang esok

SHAH ALAM - Pas akan melihat semula kes melibatkan Datuk Dr Hasan Ali pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat parti, esok ekoran kenyataan terbaru Exco Kerajaan Negeri Selangor itu kelmarin.
Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dilihat telah mengeluarkan kenyataan 'melawan arus' apabila meminta pengikut dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) tidak menyertai perhimpunan 901, Isnin ini.
Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara tersebut akan disentuh pada mesyuarat bulanan parti di ibu negara esok.
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya berpendirian bahawa isu melibatkan Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia sudah selesai selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang bulan lalu."Kami beranggapan bahawa isu sebelum ini sudah selesai selepas pertemuan dengan Mursyidul Am dan Presiden (di Kota Bahru) baru-baru ini.
"Sebaliknya, beliau terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan parti. Jadi, kami akan membincangkan isu ini esok," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Semalam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas mengambil tindakan sewajarnya terhadap Hasan ekoran kenyataanya meminta orang ramai khususnya pengikut dan penyokong PR tidak menyertai perhimpunan 901.
Azmin berkata, kenyataan Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam PR dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.
Menjawab kenyataan Azmin itu, Salahuddin berkata, "apa pun, biar kami selesaikan hal rumah tangga kami."
Bagaimanapun jelas beliau, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat untuk dibincangkan.
"Setakat ini, apa yang saya boleh katakan sekarang ialah dalam satu dua hari ini, kita akan memutuskan isu ini," kata beliau.
"Kita akan mengadakan mesyuarat bulanan, kami akan membincangkan isu ini. Itu saya boleh kata.
"Kita akan membincangkan, akan melakukan sesuatu. Hal rumah tangga Pas, serahkan kepada kami untuk selesaikan... kami akan bincang dalam mesyuarat nanti, perkara seperti ini," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.
Kata Salahuddin, Pas merupakan parti politik yang sudah "terbiasa dengan isu-isu seperti ini."
"Dan, kami akan membincangkan dalam mesyuarat kami," kata beliau lagi.
Ketika mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menjelaskan, terdapat dua pilihan sama ada jawatankuasa kerja pusat sendiri memutuskan sesuatu tindakan ataupun merujuk Hasan kepada lembaga tatatertib.
"Jadi, kami ada pilihan-pilihan ini. Mesyuarat akan putuskan salah satu pilihan," katanya lagi.
Jelas beliau, mesyuarat esok hanya akan memfokus ke atas kenyataan-kenyataan dibuat Hasan dan tidak membabitkan bekas Timbalan Presiden Nasharudi Mat Isa.
"Selepas pertemuan (28 Disember lalu), Nasharudin bertindak proaktif, tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Jadi, fokus esok adalah isu melibatkan Datuk Hasan Ali," kata Tuan Ibrahim lagi.
Laporan media sebelum ini menyebut Hasan dan Nasharudin telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din pada 28 Disember lalu untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.
Pertemuan itu berlangsung di JKR 10 dan perkara itu disahkan sendiri oleh Nik Abdul Aziz, dan menurutnya, Hasan turut memohon maaf daripada pimpinan PAS.
“Saya melahirkan kesyukuran di atas rasa rendah diri Datuk Hasan Ali yang bersedia membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.
“Bukan mudah orang nak mengaku salah selepas melakukannya, jadi tindakan beliau itu mengharukan saya. Saya juga berharap orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Hasan,” kata Nik Abdul Aziz

Friday, January 6, 2012

Pakatan Rakyat Perlu Bersedia Dengan Tokoh PM Baharu Ganti Datuk Seri Anwar. .

Dalam kita menghitung hari menantinya tarih JAN 09 dikalangan rakan-rakan baik PR mahupun BN rata-rata mengeluarkan pendapat yang sama berkenaan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu kes Liwatnya banyak yang berpendapat D.S Anwar akan ke Penjara .





Kerana beliau orang yang bertanggungjawab bagi menyatukan Pakatan Rakyat , Dan Pakatan Rakyat telah memberi beliau peranan utama bagi tunggak kekuatan dikalangan parti komponan PR. Oleh kerana tanggungjawab berat dan juga sering kali namanya di sebut-sebut sebagai Perdana Menteri Malaysia baharu dari Pakatan Rakyat sekiranya Pakatan Rakyat mendapat mandat dari rakyat setelah menang dalam pilihan raya umum nanti. Dari itu beliau telah menjadi perhatian lawan dan kawan , maka tekanan demi tekanan telah berlaku terhadap beliau namun pakatan Rakyat masih leka dan lambat untuk bertindak supaya menaikan atau mempopularkan pelapis atau orang dari kalangan parti komponan pakatan rakyat yang lain supaya memberi ruang dimana tidak hanya Datuk Seri Anwar sahaja yang menjadi kekuatan pakatan rakyat , malah banyak lagi perlapis dari kalagan parti komponan pakatan rakyat yang menjadi calon Perdana Menteri Malaysia yang baharu dari kalangan parti PR dan sebagai rujukan dikalagan parti -parti Pakatan Rakyat lain supaya menjadi lebih kuat dan lebih kukuh ... Dan ia juga mengurangkan serangan terhadap Datuk Seri Anwar dalam arena politik beliau .. Namun sekarang kita lihat hanya Anwar sahaja yang mereka serang bertubi-tubi hingga beliau menjadi bertambah sebuk atau disebukan dan tertekan sehingga beliau berulang kali naik turun mahkamah ,bertahun-tahun lamanya dengan berbagai-bagai kes seolah-olah cuba mematikan watak hero dalam babak film . Apakah pakatan rakyat masih tak kukuh hingga masih bergantung kepada Datuk Seri Anwar sehingga kepintu penjara. barangkali pakatan rakyat masih tidak mampu untuk berdiri sendiri setelah D. S Anwar tiada dalam parti . Sudah hampir satu penggal pakatan rakyat masih belum membuat persediaan sekiranya D.S Anwar tiada dalam parti pakatan rakyat tiada siapa yang mampu untuk mengambil alih kepinpinan utama dikalangan parti-parti pakatan rakyat itu sendiri . Barang kali perjuangan pakatan rakyat hanya untuk D.S Anwar Ibrahim sahaja , bukan untuk rakyat..?
Sudah tiba masanya Pakatan Rakyat perlu ada ahli kebinat sendiri dari kalangan pakatan rakyat yang telah disetujui oleh semua pemimpin pakatan rakyat . Siapa ketua umum pakatan rakyat dan timbalan ketua umum pakatan rakyat seperti mana sekiranya pakatan rakyat menang atau masih kalah..

barulah kukuh parti tersebut . sebuah organisasi yang besar supaya musuh susah untuk memecah belah ikatan yang di hasratkan oleh rakyat .
sebabnya sekiranya beliau bukan dari kalangan musuh dari parti BN sudah pasti kes ini tidak akan menjadi sebesar seperti mana yang kita ketahui..

Thursday, January 5, 2012

Kehancuran Konspirasi Jahat Akan Menemui Jalan Mati.

Apa sahaja cara dan idea untuk melemahkan kesatuan yang tertegak dari hasrat rakyat sudah pasti akan menemui jalan buntu , kerana kebangkitan rakyat semakin membuak-buak dari bahang kebangkitan negara-negara timur tengah, yang sudah mencapai impian mereka untuk menumbangkan kekejaman yang mereka rasakan tidak membawa keadilan dan kesenagan untuk rakyat jelata , kekayaan yang terdapat di negara mereka sebelum ini hanya berlegar di kalangan golongan bangsawan semata-mata walaupun negara mereka kaya dengan hasil bumi .. mereka mula menumbangkan pemerintahan kuku besi dengan menyatukan suara hati rakyat bawahan dan pertengahan dalam memperjuangkan hasrat mereka supaya bebas dari tekanan hidup yang menyukarkan dan system yang berat sebelah.
Apa yang kita lihat di negara kita ini dikalangan kebanyakan rakyat sudah pasti tidak akan menggunakan evolusi jalanan yang membawa kepada kejatuhan pemerintah dan juga mengakibatkan kematian rakyat . Kita masih ada ruang dan peluang untuk berevolusi dan berefomasi secara demokrasi yang menjadi amalan kita didalam negara kita yang tercinta dengan menjatuh atau menaikan mana-mana parti yang dikira mampu membawa perubahan besar dalam semua system yang kita laluai supaya lebih adil dan saksama .
Sekiranya permainan politik kotor cuba dimainkan oleh mereka yang tamak dan kejam untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang rakyat cuba untuk memberi laluan supaya membawa perubahan dengan di tekan atau di penjara, Namun harus diingatkan perjuangan rakyat bukan sekadar pembebesan pemimpin itu semata-mata atau menaikkan atau memenangkan pemimpin itu sahaja.. Sekiranya ia berlaku bermakna pejalanan perlu lebih cepat untuk memenuhi apa sahaja yang bakal terjadi dengan memilih dikalangan mereka supaya semangat rakyat tidak terkubur untuk perjuangan yang lebih besar iaitu membebaskan rakyat dari kongkongan system yang jahilliah yang amat memberi tekanan kepada rakyat dalam melihat senario kepimpinan yang baik dan yang benar-benar berjiwa rakyat , tidak hanya ibarat "harapkan pagar , pagar makan padi". Kebangkitan rakyat akan semakin kuat sekiranya ditekan berbagai-bagai rupa . Kita perlukan perubahan dikalangan pemerintah atau parti pembangkang supaya apa yang diharapkan tidak menjadi satu perebutan kuasa untuk diri sendiri.. dan jangan Harapkan pagar,pagar makan padi..
dalam kita mencari kemenangan untuk rakyat supaya lebih baik dan negara lebih selamat.

Hahahaha.. Akhirnya Boboi Masuk Umno..

Apa yang boleh kita katakan hanya gelak sahaja....hahahaha namapun lawak ni paling kelakar .., apa bila artis menyokong politik pasti pikir periuk nasi depa gak...

Saturday, December 31, 2011

Sepatutnya BoBoi Jadi Juara MLM Malam Tadi... Lawak Gila..

Saksikan sedikit sedutannya...



Sepenuhnya..

Something Wrong - Lembu Punya Pasai Sapi Dapat Nama.

'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC

Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya. Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas. Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas. Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember.
Shamsulbahrin yang kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah hari ini berdepan hukuman sebat, denda serta penjara antara satu hingga sepuluh tahun sekiranya didapati bersalah.Tidak bayar jaminHakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport beliau.Ketua pengarah eksekutif Shamsulbahrin Ismail Resources Sdn Bhd itu tidak dapat membayar jaminan tersebut hari ini.Mahkamah turut menetapkan kes berkenaan untuk disebut semula pada 31 Januari.Tertuduh yang kini masih dalam siasatan polis – dilaporkan disiasat untuk 10 kes penipuan berasingan.Peguam J Rao memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana aset tertuduh telah dibekukan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 pada 23 Disember.
Aset berkenaan juga mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 pada 27 Disember.

Sunday, December 25, 2011

GOOD IDEA

Hasan: Saya sedia temu kepimpinan parti bila-bila masa



KUALA LUMPUR, 24 Dis — Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau bersedia bertemu dengan kepimpinan tertinggi parti itu pada bila-bila masa untuk memberikan penjelasan berhubung polemik yang berlaku sejak dua minggu lalu.
Bercakap pada sidang media di kediaman rasminya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Hasan (gambar) juga menjelaskan sehingga kini belum menerima sebarang surat rasmi daripada parti.
“Saya belum menerima surat lagi tapi apa pun untuk mencari kedamaian, demi mengelakkan polemik dan demi mengelakkan kegusaran di kepala dan hati saya bersedia (bertemu) pada bila-bila masa.
“Kalau panggil selepas Subuh saya datang, kalau panggil selepas tengah malam juga saya datang kerana saya akur kepada kepimpinan parti,” katanya.
Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat memutuskan untuk memanggil Hasan, Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit baru-baru ini.
Kata Hasan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi parti akan menjadi platform untuk membuat penjelasan selain berpeluang mendengar pandangan parti tentang kontroversi yang berlaku.
“Saya memerlukan pandangan pimpinan mengenai polemik yang berlaku dan saya juga mempunyai pandangan dan input-input untuk disampaikan kepada kepimpinan tertinggi parti,” katanya.
Selain itu, Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor akur dengan arahan parti agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dalaman parti kepada media.
“Selepas ini kecuali kalau ada perkara yang memerlukan penjelasan dengan segera baru saya akan membuat sidang media,” katanya.

Sunday, December 18, 2011

RM1,077 Bilion ..???

Mereka perlu memberi penjelasan yang terperinci apakah wang negara dibawa keluar tanpa pengetahuan dari menteri kewangan negara .. adakah laporan ini benar dan sapa yang perlu dipertanggungjawabkan . Sekiranya benar laporan ini maka siapa pengkhianat tersebut apakah tindakan yang sewajarnya yang perlu diambil keatas mereka yang terlibat ... ini pekara besar..



RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9. Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini.Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009” telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.
Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan “ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.
Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya.Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula. "Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi."Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal “lembu dan kondo” RM250 juta NFC, “komisyen” setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos “overrun” atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya."Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri.
"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana “unsur-unsur kerajaan” yang memudahkan “rasuah besar” masih lagi tersebar luas," katanya.Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia. "DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij. "Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau.

Wednesday, December 14, 2011

Sejak Bila Shahrizat Keluar Dari Parti Umno ..?

Depa kata jangan salahkan Umno dalam kes NFC.. NFC tidak kenemegena dengan UMNO .. Umno ni bersih suci , secuci embun pagi kata Chegu Bad... hehehe


KUALA LUMPUR 13 Dis. — Kontroversi melibatkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak wajar dibiarkan membebankan UMNO, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Katanya lagi..

"Mengapa pula UMNO, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita UMNO, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian," katanya.

Salah menyalur dana awam kepada orang yang tidak sepatutnya dapat kerana ahli keluarga sendiri .. Ini digunakan atas pengaruh dia sebagai menteri.. agak-agak hampa kalau hampa yang duk megat dewa atau cheruk tok'kun memohon dana tersebut boleh dapat ke..?? sendiri mau ingat laa... ada unsur salah guna kuasa namanya... sapa depa ni PKR ke DAP ke atau PAS...... ???? kenapa kementerian yang bertanggungjawab tidak diperbertanggungjawabkan ke atas kes ini sebagai satu kesalahan yang amat besar ..



Dalam pada itu Harakahdaily melaporkan :-

Fidlot: NGO lapor SPRM, desak 3 menteri disiasat
SHAH ALAM, 14 Dis: NGO Jingga 13 hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tiga menteri yang didakwa mempunyai kaitan dalam skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).Berkata kepada media di lobi Pejabat SPRM Shah Alam hari ini, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa memberitahu ketiga-tiga menteri terbabit adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga Datuk Seri Noh Omar.Ini kerana Noh merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika ini manakala Muhyiddin dan Mustapa adalah bekas menteri di kementerian tersebut sebelum ini yang didakwa ada kaitan dengan kelulusan pemberian dana RM250 juta kepada syarikat NFC yang dimiliki suami kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil."Kami mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM wajar diambil terhadap ketiga-tiga menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian sekiranya mereka terlibat dengan tindakan penyaluran wang tersebut iaitu sebanyak RM250 juta," jelas Fariz selepas menyerahkan memoranduk kepada suruhanjaya itu.Sebelum ini siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merumuskan 'ada yang tidak kena' dengan projek berkaitan penternakan lembu yang bernilai RM250 juta itu."SPRM perlu siasat kerana Muhyiddin memegang jawatan tersebut dari 2004 hingga 2008, Mustafa dari 2008 hingga 2009 dan Noh dari 2009 sehingga sekarang."Kita merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang menyatakan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir pada perjumpaan PAC memberitahu wang dikeluarkan kepada satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009," kata seorang lagi koordinatornya Afzainizam Abd Rahman.Tambah Afzainizam lagi, tindakan yang dilakukan oleh kementerian terbabit adalah merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila telah menyalurkan wang kepada akaun khas NFC sebelum perjanjian dibuat seperti mana prosedur dan peraturan kewangan.Dalam pada itu mereka juga mahu tahu siapa sebenarnya yang mengetuai mesyuarat Jawatankuasa Impak Tinggi yang didakwa dipengerusikan oleh Perdana Menteri sewaktu meluluskan pemberian dana RM250 juta itu pada tahun 2008.Ia kerana pada waktu itu sedang berlaku peralihan kuasa antara Tuan Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.Sebelum itu skandal NFC telah menyebabkan Umno tidak senang duduk sehingga beberapa pemimpin mereka mendesak Shahrizat melepas jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat serta jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Lim Guan Eng Menang ..

Nampaknya KM Pulau Pinang " Lim Guan Eng " boleh lah belanja kami makan Roti Nan Ayam Tanduri hahahahaha..



Dah menang RM200.000 banyak tu... Agak-agak hampa berita ni keluar tak dalam surat Khabar Utusan .... hahahaha



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.Sehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema 'A People's Government for the Real Malaysians' pada 19 Disember lalu.

Tuesday, December 13, 2011

Janda rugi RM4.5 juta diperdaya 'Awang Hitam'

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Seorang janda berusia 56 tahun hanya mampu menangis apabila menyedari dia menjadi mangsa kasanova 'Awang Hitam' yang memperdayakannya melalui cinta siber menyebabkan dia kehilangan wang simpanan berjumlah RM4.5 juta dalam sekelip mata.
Seorang lelaki dipercayai warga Afrika mengambil kesempatan memikat mangsa yang merupakan seorang akauntan melalui laman sosial Facebook dengan menyamar sebagai jejaka Inggeris setelah mengetahui wanita itu janda dan kesunyian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, mangsa berkenalan dengan suspek Ogos lalu dan memperdayakan wanita itu setelah mendapat kepercayaannya.
Beliau berkata, mangsa yang jatuh cinta telah digula-gulakan suspek dengan kiriman bungkusan kononnya mengandungi hadiah sebagai tanda kasih sayang.
"Biarpun baru berkenalan, 'teman lelaki' yang berlagak budiman memaklumkan ada mengirim kiriman bungkusan kepada kekasihnya itu melalui seorang teman yang berada di Malaysia.
"Mangsa kemudian diminta menemui rakannya yang merupakan seorang lelaki warga Afrika di ibu negara dan ditunjukkan bungkusan kononnya berisi wang berjumlah AS$5 juta dolar (RM15.752 juta)," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Perdana, di sini.
Syed Ismail berkata, mangsa yang percaya wang ditunjukkan tulen diminta supaya membuat pembayaran bagi pelepasan keselamatan diplomatik untuk membolehkannya membawa pulang wang tersebut.
Menurutnya, mangsa yang tidak menyedari dia sudah terperangkap dalam sindiket 'black money' diarahkan memasukkan wang tersebut ke dalam tiga akaun berlainan kononnya milik tiga syarikat berdaftar di negara ini.
Katanya, mangsa kemudian pulang untuk menyediakan wang bagi membolehkannya mendapatkan 'hadiah' dikirim oleh teman lelakinya itu dan tidak teragak-agak membuat tiga kali pembayaran berjumlah RM4.5 juta ke dalam tiga akaun yang diberikan sebelum itu.
"Dalam tempoh tiga bulan berkenalan, mangsa sudah menyerahkan wang RM4.5 juta kepada sindiket terbabit dan mangsa hanya menyedari ditipu apabila teman lelaki itu masih lagi menghubunginya meminta wang sedangkan bungkusan dijanjikan belum diterima," katanya.
Syed Ismail berkata, mangsa yang tersedar sudah dipermainkan akhirnya tampil membuat laporan polis pada November lalu dan polis yang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berusaha menjejaki kumpulan sindiket berkenaan.

Saturday, December 10, 2011

Cakap Tak Serupa Bikin..

Dah lama menyepi , blog pun tak update disebabkan sebok dengan urusan sendiri .. mengambil berkat bulan Hijrah ni .., berhijrah ketempat lain.. biasala pindah-memindah ni punyalah letih bro... tapi kita perlu berubah dalam apa sahaja mengikut keadaan .., kalau rumah tu berpindah lah dari baik kepada lebih baik .., kalau kelakuan tu kena lah ubah dari buruk ke lebih baik .., macam tu gak dengan perjuangan kita dalam menempuh hidup yang mencabar ini ... Kalau dok sokong yang mungkar tu ubah lah ...,

Dalam bab sokong-menykong ni aku terpikir pulak baru-baru ni kan prti umno adakan pesidangan agung apa yang kita dengar cukup hebat .. dan berapi-api sebut untuk memajukan kaum melayu , untuk bela kaum melayu ... tetapi aku rasa pelik pulak ... melayu mana yang depa duk pulun tu ... Melayu Australia ke..? Melayu New Thai ke..? atau Melayu Indonesia ..?
Sebab apa yang kita tahu hak royaliti minyak di kelantan tak pulak di berikan kepada yang berhak ... Kelantan tu bukan melayu ke ..? kenapa mereka di anak tirikan oleh pemerintah dalam bab pembagunan dalam negeri mereka bab peruntukan pusat kepada naik taraf keperluan bekalan air untuk negeri itu di jadikan macam mereka seolah-olah bukan salah satu negeri dalam melaysia ini... padalah cukai pendapatan atau GST yang dikenakan terhadap rakyat negara ini , mereka juga turut menyumbangnya .... Apa pasal yang di anak tirikan negeri ini sedangkan negeri ini yang paling ramai melayu pulak tu .... Umno ni cakap tak serupa bikin ... lagi mau tipu ka..? Rakyat didahulukan.., awat kelantan bukan rakyat ke..?

Rakyat perlu menggambil perhatian dalam PRU 13 ni bagi pengajaran pada orang yang selalu cakap tak serupa bikin ni.... baru ada kesan sapa pemerintah sapa rakyat...???

Tuesday, December 6, 2011

Umno Gagal Kawal Kebiadaban MCA..

MCA diingatkan jangan melampau , kesabaran ada batasannya... kita harap pemimpin umno menasihati parti komponan BN supaya menghormati ugama Islam ..., Jangan bercakap ikut sedap mulut sahaja.., apa sahaja yang nak diperkatakan tentang Islam mestilah dirujuk kepada pakar terlebih dahulu , supaya ia tidak menimbulkan kemarahan umat islam di tanah air kita ini .

Jangan mempolitik kan agama sesuka hati .., sudah banyak perilaku beliau yang menjadi kemarahan umat islam dilakukan dengan tanpa ada teguran dari pihak umno yang sengaja membiarkan beliau berkata ikut sesuka hati.. namun umat islam masih berdiam sahaja.. dimana Perkasa yang mempertahankan islam kononnya, dimana Perkida ..? mereka akan hadir jikalau parti umno mendapat kesusahan , itu sahaja ke perjuangan mereka ni...?




KUALA LUMPUR, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) meminta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup mulut dan jangan bercakap mengenai Islam jika tidak mengetahuinya secara betul dan tepat.
“Jika tidak, beliau ‘menembak’ sesuka hati tanpa fakta yang benar mengenai Islam,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
DPP Malaysia merujuk kepada sebuah forum bertajuk ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur pada hari semalam.
DPP Malaysia, kata Riduan merasa Dr Chua Soi Lek amat biadap kerana mempertikai agama Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini.
“Beliau tidak berhak bercakap mengenai Islam di dalam forum tersebut kerana beliau tidak tahu mengenai Islam,” katanya.
Katanya, jika ada wakil umat Islam yang turut hadir sebagai panel daripada Umno, ini tidak memberi gambaran beliau boleh bercakap apa sahaja mengenai Islam.
Sepatutnya, kata Riduan Soi Lek menyentuh mengenai usaha beliau bagi membela bangsa kaum Tionghua di negara ini, serta bagaimana mahu mengembalikan sokongan masyarakat Tionghua kepada MCA, bukan bercakap mengenai Islam.
Bagi DPP Malaysia, tegasnya isu Hudud atau hukum Islam tidak wajar dibincangkan secara terbuka oleh masyarakat bukan Islam kerana ia boleh mencetus polemik yang lebih besar.
“Isu hukum Islam sepatutnya dibincangkan secara ilmiah oleh mereka yang berkelayakan dan melibatkan semua pihak, barulah isu ini mendapat penjelasan secara betul dan menyeluruh,” tegasnya.
Tambahnya, alasan pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia adalah alasan yang tidak boleh diterima sama sekali.
DPP Malaysia menjelaskan, hakikatnya jika hukum Islam terlaksana di Malaysia, pelabur pasti akan datang ke Malaysia kerana matlamat undang-undang Islam meletakkan keadilan dan keselamatan kepada semua rakyat di negara ini.
Secara logiknya, kata beliau jika keadilan dan keselamatan rakyat terkawal, pasti pelabur akan berani datang ke Malaysia kerana hak dan keselamatan mereka dijamin.
DPP Malaysia juga menyangkal dakwaan Dr Chua bahawa sistem perundangan Islam tidak adil kepada semua pihak khususnya wanita.
DPP Malaysia, ujarnya mempersoalkan dari manakah rujukan beliau sehingga mendakwa syariat Islam tidak adil khususnya kepada wanita.
“DPP Malaysia yakin, jika beliau mendapat maklumat dan fakta yang sebenarnya, pasti beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“DPP Malaysia menegaskan hukum Islam menjaga hak semua rakyat khususnya kaum wanita,” katanya lagi.
Dengan pelaksanaan hukum Islam, jelasnya sudah tentu kehormatan wanita akan terjaga di mana pelacuran, perzinaan, rogol, liwat, menuduh berzina dan liwat, dan lain-lain lagi tidak akan berlaku secara berleluasa seperti sekarang ini.
Oleh itu, tegasnya DPP Malaysia meminta Dr Chua tidak lagi bercakap atau mengeluarkan kenyataan mengenai Islam jika tidak mahu mengundang kemarahan umat Islam.
Katanya, DPP Malaysia sanggup bersemuka dengan beliau bagi memberikan penjelasan menyeluruh jika beliau mahu mendalami pengetahuan mengenai Islam.
“Jangan kerana mahu meraih undi kaum Tionghua, undi Umno pula menyusut kerana umat Islam terlalu marah dengan beliau sehingga menghukum Umno pula,” ujarnya.

Saturday, December 3, 2011

Umat Islam Perlu Membuat Bantahan Terhadap Keputusan Makamah Di Jerman .

Umat islam perlu membuat sesuatu untuk menunjukkan rasa bantahan terhadap apa yang menimpa saudara kita di sebuah sekolah di negara yang kononnya maju tetapi bersikap kuno..
Takut pada kebangkitan umat islam di sana dengan menghalang pelajar menunaikan solat di kawasan sekolah.. apa yang kita patut lakukan adalah bantahan kita terhadap mereka yang menekan umat islam untuk beribadat . dengan tidak ada ancaman terhadap mereka yang bukan muslim ..

Jerman larang pelajar solat

BERLIN - Sebuah mahkamah di Jerman menghalang seorang pelajar beragama Islam daripada menunaikan solat di dalam kawasan sekolah, walaupun selepas waktu pembelajaran kerana menganggap perbuatan itu sebagai gangguan kepada sekolah.
Mahkamah persekutuan mendakwa perbuatan itu akan mencetuskan masalah di sekolah, walaupun mengakui hak untuk menunaikan solat di sekolah adalah kebebasan beragama yang dijamin perlembagaan negara.
Menurut mahkamah, sekolah tinggi di Berlin mengambil tindakan betul apabila menghalang Yunus Mitschele, 18, menunaikan solat secara terbuka di dalam kawasan sekolah kerana mendakwa ia akan mencetuskan konflik antara pelajar berlainan agama.
Selain menyokong lara-ngan pihak sekolah supaya pelajar tidak menunaikan solat, mahkamah turut memutuskan sekolah tersebut tidak perlu menyediakan bilik khas untuk pelajar Islam bersolat kerana ia di luar tanggungjawab pihak sekolah.
Perbicaraan kes selama lebih dua tahun itu bermula apabila Yunus dan beberapa rakannya menunaikan solat secara berjemaah di koridor sekolah semasa waktu rehat pada 2007.
Pengetua sekolah kemudian memberi amaran kepada remaja itu dan ibu bapanya bahawa menunaikan solat di sekolah tidak dibenarkan kerana didakwa akan menimbulkan masalah, menyebabkan Yunus membawa kes tersebut ke mahkamah.
Kes itu menerima perhatian meluas di Jerman, negara dengan hampir empat juta penduduk beragama Islam, apabila keputusan dua mahkamah daerah sebelum ini menyebelahi Yunus sebelum ia ditarik balik mahkamah persekutuan.