Saturday, August 20, 2011

Pinda akta kes berkaitan asid

Penjara 3 tahun, denda RM1,000 terlalu ringan berbanding derita mangsa


KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan akta dan hukuman dikenakan kepada pesalah simbah asid yang digunapakai pihak berkuasa sudah tidak lagi relevan berikutan kejadian serangan asid terhadap orang awam, khususnya wanita dan kanak-kanak, semakin berleluasa sekarang.
Malah, tegas Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya ke atas pesalah seperti termaktub mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan adalah satu bentuk hukuman yang terlalu ‘ringan’ dan tidak setimpal dengan penderitaan serta kesengsaraan dialami mangsa.
Akta itu sudah ketinggalan dan hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas pesalah demi menegakkan keadilan selain membela individu yang teraniaya. - Lee Lam Thye, Naib Presiden MCPF Sehubungan itu, beliau menggesa akta dan bentuk hukuman itu dikaji dan perlu diperhalusi semula kerana ia membabitkan kesalahan jenayah dan nasib mangsa yang menderita.“Akta itu sudah ketinggalan dan hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas pesalah demi menegakkan keadilan selain membela individu yang teraniaya,” katanya ketika dihubungi, semalam.Dalam kejadian terbaru, Rafi Abdul Latiff, 28, disimbah asid ketika menunggu rakan di dalam kereta di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raya Laut selepas membeli-belah persiapan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman jam 1.10 pagi pada 8 Ogos lalu.Lam Thye menyifatkan kejadian itu turut membuktikan penyerang simbah asid itu kini semakin agresif dan tidak hanya menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai mangsa. Beliau juga menggesa orang ramai supaya lebih sensitif dan peka kepada persekitaran mereka khususnya di tempat awam. Selain peka kepada individu yang tidak dikenali dengan gelagat yang mencurigakan, langkah keselamatan seperti memilih untuk berjalan melawan arus di kaki lima jalan raya wajar dipraktikkan orang ramai.“Cermin sisi kenderaan perlu sentiasa dipantau bagi mengenal pasti individu yang berada di sisi kenderaan dan jangan memberikan sebarang respon sekiranya diminta untuk berbuat demikian oleh individu tidak dikenali,” katanya.Sementara itu di SUBANG JAYA, polis tidak berhasrat mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mengharam atau mengetatkan penjualan asid kepada orang awam yang dianggap sesetengah pihak mampu menangani kes simbah asid, termasuk bagi tujuan jenayah yang semakin meningkat kebelakangan ini.Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata mustahil bagi polis mengemukakan cadangan itu kerana asid mempunyai pelbagai kegunaan tertentu secara sah yang mana pengharamannya akan menimbulkan masalah lain pula.Sementara itu di KOTA KINABALU, polis menyifatkan kejadian seorang gadis menghadapi risiko buta akibat terkena ‘tembakan’ cecair dipercayai mengandungi asid dari pistol mainan seorang lelaki Rabu lalu, sebagai kes terpencil.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Taman Khidmat, Kolombong, dekat sini, itu adalah pertama di Sabah dan bukan bersifat serangan rawak terhadap orang ramai seperti yang berlaku di Semenanjung.“Bagaimanapun, polis masih menyiasat motif kejadian. Kes ini membabitkan seorang gadis saja yang disimbah cecair.“Cecair itu sudah dirujuk ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” katanya di sini, semalam.Dalam kejadian jam 2 petang itu, selain cedera di mata, Ling Siew Teen, 22, turut melecur di pipi, hidung, bibir dan dagu berikutan terkena cecair dipercayai air dicampur asid yang 'ditembak' ke mukanya.Ahmad Sofi meminta orang ramai tidak membuat andaian kerana siasatan masih dijanlankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa.

No comments:

Post a Comment