” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Wednesday, July 6, 2011
Tuah kah yang benar atau Jebat kah yang benar..?
Pertembungan antara kedua tuntutan di mana tahap rasional pemikiran dan tindakan kita dalam politik tanah air. Mungkin ada orang yang tidak sependapat dan tidak menerima pendapat ini kerana angin yang sangat kuat terhadap ingin protes dan perhimpunnan atau demo jalanan terlalu tinggi dalam diri yang seolah-olah meronta-ronta untuk mengeluarkan rasa tidak puas hati dalam diri itu. Kita perlu juga memikirkan terhadap Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara dalam bentuk negara yang mengamal sistem demokrasi berpalimen .
Oleh itu kita juga perlu diingatkan bahawa pada pandangan umum akan Titah Tuanku ini satu bentuk yang pakatan perlu fahami dimana ia akan menterjemahkan sifat isi pada gologan dan penyokong didalam pakatan rakyat dalam pandangan yang bakal di buat untuk menterjemahkan erti Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara itu.
Politik akan sentiasa terus berada di bumi selagi dunia belum kiamat , Oleh itu jangan terlalu gelojoh untuk mendapatkan tampuk yang diingini dengan jalan yang mudah sehingga ibarat perpatah melayu "Ayam terlepas tangan bau taik" dalam pertembungan dan saingan berpolitik dalam negara ini.
Kita harapkan PAS terus menjalankan agenda dakwah dan sentiasa berdawah dan mengajar umat islam dan rakyat malaysia dengan keindahan Islam dan Akhlaknya yang mencerminkan kersejahteraan Islam yang sebenar . Jangan terlalu gelojoh untuk menjadi pemerintah sedangkan rakyat yang menyokong masih tidak mampu untuk mengubah dan berubah .
Kita amat risau akan sokongan yang mana datangnya dari dendam dari ahli parti lawan terhadap partinya semata-mata lalu menyokong parti lain untuk merialisasikan hasrat dendamnya . terus menyokong PAS . bermakna ia tidak ada kualiti yang perlu ada dalam sesebuah pertubuhan Islam atau Parti yang memperjuangkan Islam yang sebenar..
Bermakna pandangan mbrm pakatan rakyat perlu berfikir masak-masak atau terus mengadakan perhimpunan BERSIH ini . Kita harapkan Pakatan Rakyat terutamanya parti PAS menarik diri dari perhimpunan yang di anjurkan BERSIH supaya tidak akan di salah ertikan dan tersepit di dalam politik .
Baru-baru ini dari Istana telah mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini dan Tuanku juga menyentuh beberapa pekara seumpama " Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".
Dengan itu Pakatan Rakyat perlu mengambil satu kaedah yang mejurus kepada Titah Khas Yang di-Pertuan Agong supaya tidak membelakangi sistem beraja dalam negara malaysia ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment