Sunday, May 15, 2011

Selogan Yang Dibanggakan , Perlaksanaan Yang Diketepikan.


Sepatutnya Perkasa berjuang untuk melaksanakan Hukum Islam di Malaysia ini. Termasuklah membantah apabila pemerintah ingin melaksanakan judi bola atau mengeluarkan lesen judi .

Ini tidak, hanya menyeru berjihad pada tempat yang salah. Takan Perkasa tidak mengatahui atau tidak mempercayai pada Perlembagaan Malaysia yang termaktub didalamnya Islam adalah Agama resmi Malaysia .

Apa yang mereka nak Jihadkan ni ..?

Sekiranya berjihad hanya mempertahankan selogan Agama Rasmi sahaja tak cukup tu bang Ali Ooiii..

Kita perlu menyeru kepada setiap pemimpin Islam supaya merialisasikan undang-undang Islam sebagai undang-undang tertinggi dalam Malaysia ini ..

Dan kita perlu menyokong mana-mana pertubuhan atau parti yang mahu kearah merialisasikan dan melaksanakan hukum Islam didalam negara yang tercinta ini . Dan ia akan dilaksanakan hanya kepada umat Islam sahaja . Perkasa semakin bercelaru dan mencelarukan rakyat.

Untuk mengubah perlembagaan atau undang-undang ia perlu sokongan 2/3 ahli dewan , Ingat senang ke nak ubah perlembagaan yang sedia ada . Dan ia perlu diperkenankan oleh yang di pertuan Agong .

Nampaknya masih ada keraguan dikalagan ahli dewan negara atas perlembagaan malaysia , Sedangkan Ahli Parlimen pun tak percaya ini kan pula rakyat ..

No comments:

Post a Comment