Saturday, May 14, 2011

Siapa Yang Pengkhianat ..?

Ada laporan yang mengatakan ada pihak cuba memohon untuk menukarkan taraf pemastautin tetap sekitar 2000 ribu rakyat asing bagi membantu kemenangan BN.

Ini amat membimbang kan kita rakyat malaysia dengan sesuka hati mereka membuat sesuatu pekara dengan alasan untuk kemenangan dalam politik mereka . Apa dah jadi dengan semangat kenegaraan kita hingga sanggup untuk melakukan pengkhianatan terhadap negara ini.

Dalam mereka menuduh orang lain sebagai pengkhianat , Dalam masa yang sama juga mereka pengkhianat..

KDN perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba melakukan pekara yang sedemikian . Jangan hanya pandai menyiasat terhadap penuduh sahaja , Siasat lah sama laporan yang dibuat terhadap golongan berkenaan ini.

Supaya Malaysai lebih selamat dalam apa keadaan . Siasat pekara ini dengan telus kerana ini sudah menjadi pekara bahaya dan membimbangkan rakyat .

Petikan laporan yang disediakan:-
Isu Pengundi: PKR Selangor sedia jumpa Umno di mahkamah

KUALA LUMPUR, 13 Mei — PKR Selangor menegaskan pihaknya bersedia untuk berhadapan dengan Umno Hulu Selangor jika diambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan wujudnya konspirasi mendaftar warga asing sebagai pengundi di kerusi Parlimen itu.
“Saya tidak kisah dan tiada masalah jika mereka mahu ambil tindakan kerana saya juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan tindakan mahkamah bagi membuktikan kebenaran tentang isu pemastautin tetap ini (yang dipohon diberi status kerakyatan penuh),” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Dalam laporan disiarkan The Malaysian Insider pagi ini, Ketua Umno Hulu Selangor, Datuk Mohamad Idris Abu Bakar berkata, pihaknya berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang ekoran dakwaan Zuraida, yang mendakwa pihak berkenaan ada menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.
Kedua-dua PKR dan Umno telah membuat laporan polis mengenai isu itu.
PKR Selangor mendedahkan perkara tersebut Selasa lalu.
Menurut Idris, dakwaan itu tidak benar dan menegaskan, beliau tidak pernah menghantar atau menandatangani sebarang surat permohonan untuk tujuan itu.
Katanya, beliau juga sudah membuat laporan polis mengenai tuduhan dibuat PKR itu dan akan menyerahkan kepada polis menyiasat dulu perkara itu.
Mengulas lanjut berkenaan kenyataan Idris, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau tetap mempertahankan kenyataannya terhadap Idris Selasa lalu.
Kata Zuraida, Idris boleh menyamannya tetapi beliau tetap dengan pendirian untuk mempertahankan kenyataan kerana mempunyai bukti yang telah diserahkan kepada polis untuk siasatan.
Zuraida juga memberitahu, rakyat asing tidak mahu tampil menjadi saksi untuk memberi keterangan terhadap pemberian kad pengenalan status pemastautin tetap oleh BN.
“Sebenarnya ada rakyat asing, Indonesia, datang kepada untuk memberitahu mengenai BN... pemberian taraf kerakyatan tetap ini, namun mereka masih tidak mahu tampil menjadi saksi untuk PKR membongkar taktik kotor BN ini,” kata beliau.
Tambahnya, beliau telah memanjangkan bukti itu kepada polis agar dilakukan siasatan lanjut tentang kesahihannya sama ada benar atau tidak.
“Kita hanya perlu menunggu dan akan mengetahui kebenarannya setelah hasil siasatan polis terhadap surat ini dikeluarkan. Jadi, kita tidak boleh tentukan sama ada ia palsu atau tidak dan sepadan atau tidak dengan surat dalam rekod Kementerian Dalam Negeri,” katanya.
Zuraida juga menambah, sememangnya satu perkara biasa apabila Umno berusaha membuat penafian untuk menutup sesuatu kesalahan yang telah mereka lakukan.
“Biasalah selepas nafi mereka akan menutup apa-apa kesalahan yang mereka sudah lakukan. Kita sudah buat laporan polis. Malah, surat yang kita tunjukkan kelmarin itu juga lengkap dengan angka rujukannya.
“Bagaimanapun, saya tetap akan menunggu laporan siasatan keluar dan berharap rakyat sendiri akan sedar taktik kotor yang dimainkan oleh BN untuk meraih undi ketika pilihan raya umum ke-13,” kata Zuraida lagi.
Sumber - themalaysianinsider online

No comments:

Post a Comment