” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Monday, May 16, 2011
Anwar arah peguam lawan habis-habisan
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah membuat pra-penghakiman terhadapnya dengan memerintahkannya membela diri. Sambil berkata beliau tidak terperanjat dengan keputusan tersebut dan terus mendakwa bahawa sejak dari awal lagi, kes terhadapnya merupakan satu penganiayaan politik, Anwar berkata hakim telah melangkau melebihi mempertimbangkan fakta-fakta sama ada terdapat kes prima facie terhadapnya. Anwar berkata, beliau diperintah membela diri tanpa fakta berkaitan dipertimbangkan dan tidak menurut peruntukan undang-undang. "Semua bahan-bahan tuduhan itu (dianggap) menjadi fakta, boleh diterima dan melampaui keraguan munasabah. Ia seolah-olah dia mahu menghukum, telah memutuskan sabitan," katanya. Sambil menegaskan beliau telah mengarahkan pasukan peguambelanya supaya habis-habisan membuat pembelaan, Anwar berkata, beliau telah mengisytiharkan dirinya tidak bersalah.Katanya, ia kerana kes itu membabitkan konspirasi politik dan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang semuanya telah dinamakan. Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata hakim dan pendakwa telah dimaklumkan mengenai permohonan pihak peguambela untuk memanggil ketiga-tiga mereka sebagai saksi. Sementara itu, pengadu itu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam satu tweet, berkata dia bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini. "Syukur dengan keputusan pada hari ini. Diharap peringkat perbicaraan seterusnya berjalan dengan lancar. Akan terus doa, istiqamah dan bersabar," katanya dalam tweetnya. "Kes pembelaan mulai pada 6-30 Jun. Mereka akan tampilkan saksi-saksi/alibi untuk melemahkan kes pendakwaan. Semoga berjalan dengan lancar," tulis Saiful
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment