Monday, February 7, 2011

Pertahanan Negara Jangan Ambil Mudah.

Kementerian pertahanan perlu mengambil tindakan susulan berikutan laporan Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.

Apakah sebenarnya objek ini?memandangkan tidak ada bukti yang kukuh menyatakan kewujudan makluk asing,kementerian pertahanan Malaysia harus menyiasat kerana dikhuatiri objek terbang ini adalah satu bentuk risikan dari negara luar yang bekemungkinan memberi ancaman keselamatan pada negara kita.

Kita sering diperdayakan dengan cerita-cerita UFO atau makhluk asing ini,sedangkan negara-negara seperti Amerika,Russia,Israel dan tidak terkecuali Singapura mempunyai teknologi risikan yang menggunakan pesawat tanpa juruterbang dan tidak dapat dikesan radar.
Sumber dari Kosmo Online UFO di Sabak Bernam

1 comment:

  1. Jaga sempadan pun tak pandai macammana nak jaga rakyat/negara..pertahanan 1malaysia!

    ReplyDelete