Mesir Sabtu 05/02/2011 - Satu letupan besar, terjadi di utara semenanjung Sinai, Mesir. Letupan ini terjadi pada paip gas Mesir untuk menyalur gas ke Zionis Israel. Hal ini pernah diingkatkan oleh sumber-sumber media Israel beberapa hari yang lalu.
Penduduk palestin dari kota el Arish, Mesir, mengatakan bahwa mereka mendengar suara satu letupan besar. Diketahui bahawa letupan terjadi pada paip gas dari Mesir untuk disalurkan ke negara penjajah Israel. Penduduk tempatan menyatakan bahawa letupan ini terjadi di kawasan yang memisahkan antara kota Syaikh Zuwaid dan el Arish, yang hanya berjarak beberapa kilometer dari daerah penduduk .
Setelah itu sumber-sumber resmi Mesir mengumumkan penghentian bekalan gas alam ke negara penjajah Zionis Israel, dengan terdapatnya letupan yang terjadi pada paip gas. Pihak Mesir sudah membentuk satu pasukan penyasat untuk mengatahui sebab terjadinya letupan tersebut.
Sebelum ini surat kabar Israel Yedeot Aharonot mengingatkan gangguan bekalan gas alam dari Mesir ke Tel Aviv, menyusul terjadinya ketidakstabilan yang terjadi di Mesir kebelakangan ini.
Aharonot menyebutkan, bila serangan terjadi pada paip-paip gas yang membekakan gas alam Mesir ke Israel di kawasan utara Sinai, maka cadangan gas alam yang dimiliki perusahaan tenaga Israel hanya cukup untuk jangka yang sangat pendek.
Untuk diketahui bahawa Mesir membekalkan sekitar 40% dari keperluan gas alam Israel. Dari gas tersebut Israel menangguk keuntungan setiap tahunnya, ini sesuai dengan kesepakatan antara kedua negara yang ditandatangani pada tahun 2005, sebesar dua bilion dolar. Ditambah satu bilion dolar yang diterima setiap tahun dari penjualan gas Mesir di wilayah Palestin yang terterjajah. (asw)
No comments:
Post a Comment