Kerana kerusi ini tidak akan bertahan lama , sekiranya akan berlaku pembubaran Parlimen dalam masa terdekat nanti dengan secara automatik akan di adakan pilihan raya umum .
Oleh itu buat apa nak membazirkan duit rakyat semata-mata untuk mempetahankan hanya lebih kurang satu atau satu setengah tahun , dan mungkin ianya lebih awal lagi.
Pekara ini perlu difikirkan oleh semua ahli politik dan parti-parti politik di tanah air kita ini . Jangan hanya memikirkan perebutan jawatan semata-mata .
Ada cadangan dari parti politik supaya tidak meletakan calon sumbernya sila tekan sini
Bagi parti PAS dan Pakatan Rakyat perlu lebih menumpukan Pilihan Raya Umum akan datang daripada Pilihan Raya Kecil ini kerana peratusan untuk menang sangat tipis di Dun Marlimau kerana ianya adalah kubu kuat bagi Umno .
Keputusan pilihan raya umum 2008 dun Merlimau
N27 MERLIMAUJumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)
Sekiranya PAS mampu untuk menang sekali pun ianya tidak boleh menggubah apa-apa di Dun tersebut oleh kerana kerajaan negeri dikuasai oleh Umno/BN. Dengan masa yang suntuk mampukah mereka iaitu Adun membuat perubahan dikawasan itu . Nampaknya ia amat mustahil .
No comments:
Post a Comment