Monday, August 23, 2010

Bukan Islam tidak perlu takut


SHAH ALAM - Bukan Islam tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukuman hudud kerana ia akan dilakukan terhadap pesalah beragama Islam sahaja.
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hukuman hudud perlu dilaksanakan segera memandangkan undang-undang manusia hari ini jelas gagal dalam usaha mendidik masyarakat.

Katanya, kini adalah waktu yang sesuai untuk kembali kepada undang-undang Allah. Perlaksanaannya adalah mengikuti kerohanian yang sebelum ini hanyalah fizikal.

"Lihatlah negara yang mengamalkannya. Hanya berapa kali hukuman itu dilaksanakan, jelas jenayah berkurangan. Inilah yang kita mahukan sebenarnya.Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan sahaja, bukan sembarangan," katanya. :

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah menggantikan undang-undang sivil dengan hudud.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas kecewa kerana kegagalan perlaksanaan hudud disebabkan sikap orang Islam sendiri.

No comments:

Post a Comment