Monday, August 23, 2010

Mana ulamak Umno dan Pemimpin Umno pi , bila mana seruan Hudud untuk dilaksanakan...?

                  
                                بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقۡطَعُوٓاْ أَيۡدِيَهُمَا جَزَآءَۢ بِمَا كَسَبَا نَكَـٰلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬ (٣٨

MaksudNya :
" Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. "(Surah Al-Ma’idah: 38)

Kita bukan mahu tahu siapa atau parti apa yang laksanakan, kami hanya mahu iaNya dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah dengan penuh taqwa.

Rata-rata mereka ini senyap ibarat bisu , namun jika ada isu politik bukan main lagi mengalahkan ahli politik itu sendiri .

Kami menuntut hak sebagai umat Islam untuk dilaksanakan undang-undang Islam keseluruhanNya di Malaysia ini .

Dan kami mengambil kesempatan dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini untuk menyeru umat islam di malaysia supaya mereka menyokong perlaksanaan hukum Islam. memandangkan hukum Sivil sudah tidak mampu mencegah gejala sosial dan jenayah di bumi malaysia .

Bukan islam perlu ingat, mereka tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukuman hudud kerana ia akan dilakukan terhadap pesalah beragama Islam sahaja.

* *Lim menegaskan bahawa hukum hudud dan negara Islam tidak dikandungi dalam Dasar Bersama PR.


Walaupun Hudud & Negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat namun Pakatan Rakyat perlu diingat iaNya adalah DASAR PAS & DASAR KAMI & DASAR UMAT ISLAM SELURUH DUNIA .

Kami menyokong penuh untuk perlaksanaan HUDUD... dan kerana itu lah kami menyokong PAS..

No comments:

Post a Comment