Tuesday, October 4, 2011

PAS gerak kempen penerangan hudud

Kerajaan PAS Kelantan akan menggerakkan program penerangan mengenai hukum Hudud di negeri itu termasuk kepada golongan bukan Islam bermula esok, kata Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Katanya bermula malam ini, sesi ceramah akan diadakan di seluruh negeri termasuk ceramah perdana di Kota Bharu Khamis ini. "Oleh kerana hukum Hudud menjadi isu besar, jadi kerajaan PAS perlu ada program penerangan secara besar-besar untuk elak kekeliruan tentang hukum Hudud," katanya pemberita selepas majlis pelancaran van dakwah bergerak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di Kota Bharu, semalam. Mengulas dakwaan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kebangsaan (DHPP) yang mendakwa tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud, beliau berkata ia hanyalah satu salah faham. Ahad lalu media melaporkan DHPP menjangkakan sokongan terhadap PAS di kalangan bukan Islam akan merosot pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, berikutan isu hukum Hudud. Pengerusinya Hu Pang Chaw dilaporkan berkata walaupun DHPP sebagai salah satu sayap parti itu, tetapi tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.

No comments:

Post a Comment