” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Monday, September 5, 2011
Cadangan Untuk Wakil Rakyat Tronoh..
Salam Sejahtera YB , Saya ada satu cadangan untuk memberi satu pertologan kepada penduduk di taman-taman dan perkapungan di kawasan YB , yang saya tahu dikawasan YB seperti di Siputeh 2 dan sekitar kawasannya masih ada kawasan tanah yang terbiar . disitu juga banyak terdapat lombong dan tanah terbiar tidak di usahakan , maka saya cadangkan YB perlu usahakan supaya membangunkan kawasan tersbut sama ada lombong atau tanah terbiar tersebut boleh lah YB usahakan satu program yang boeh membantu pendapatan sampingan bagi penduduk di sekitarnya terutama taman lama RPA siputeh . ramai yang berpendapatan rendah dan miskin disitu ,supaya adakan pertanian berkelompok dan masukan nama-nama penduduk setempat agar mereka boleh usahakan bersama atas bantuan yang YB boleh bantu sebagai Wakil rakyat di kawasan YB itu . Apa yang saya amati sudah ada dikawasan yang telah diusahakan oleh individu yang memohon untuk pertanian dan penternakan .. Tetapi tidak dirasai oleh penduduk yang sepatutnya boleh diusahakan bersama kawasan itu disebabkan mereka miskin dan tidak mampu untuk megeluarkan model... Golongan inilah yang sepatutnya kita bantu dengan mereka juga boleh usahakan bersama-sama dengan adanya system dan program yang di bantu kewangan dan nasihat dari pihak yang berwajib yang boleh YB pohonkan untuk mereka ini... Saya harap YB boleh turun padang pergi ke taman tersebut dan buat satu kutimpan nama-nama dan siasat siapakah yang paling patut dibantu dalam program ini supaya boleh di bantu dengan setiap apa yang di rancangkan... Apa yang saya tahu kebanyakan penduduk miskin dari golongan kaum melayu disitu tidak tahu bagai mana untuk memohon untuk mendapat bantuan dalam apa-apa sahaja bentuk bantuan yang terdapat disitu mereka tidak tahu saluran untuk mereka dibantu .. mereka juga telah disisih dari kemajuan yang berlaku disitu.. dan diambil kesempatan itu oleh pihak yang ada duit dan tahu caranya untuk memohon apa sahaja.. Maka itu berilah mereka peluang dan ruang untuk mereka mendapat merasai sedikit kesenangan dalam kesempitan dalam persaingan hidup... saya juga telah dapat maklumat pihak YB ada menyalurkan kelender tahun 2011 dari parti DAP kekawasan perumahan tersebut ..Bermakna pihak YB telah tahu kawasan dan perumahan tersebut.. Sekiranya program ini terhasil dan berjaya untuk menambah pendapatan keluarga dikawasan tersebut maka mereka akan tahu yang DAP dan wakil rakyat dikawasan mereka sedar bahawasanya mereka ujud di depan mata mereka ada juga warga miskin dan pihak yang menang dikawasan tersebut dalam pilihan raya lampau telah membawa harapa baru dan persepsi baru di kalangan penduduk melayu kepada wakil rakyat DAP dan wakil rakyat bukan melayu juga mempertahankan nasib kaum melayu yang tersisih selama ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment