” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Saturday, August 6, 2011
Siasatan Lebih Terperinci Dan Ambil Tindakan. Bukan Masanya Untuk Menunding Jari..
Satu desakan sekiranya ada bukti dimana ada pihak yang cuba merancangkan sesuatu aktiviti untuk memurtadkan umat Islam di tempat dan organisasi tersebut perlu di bawa kemuka penggadilan yang sewajarnya bertepatan dengan undang-undang dan perlembagan agar umat Islam perlu diselamatkan dari jenayah murtad ini.... Gejala murtad ini sudah sekian lama terjadi didalam negara majoriti umat Islam Malaysia ini . telah di faham kan begitu ramai yang cuba memohon untuk menukar agama atau murtad terjadi sehingga pada seketika dahulu telah di bongkarkan jumlah hampir 2 ratus ribu yang didedahkan oleh mufti perak ketika beberapa tahun dahulu .. Pihak kerajaan tak kira negeri mahupun Pusat perlu senada dengan isu ini supaya umat Islam terbela dalam sudut agama dan akidahnya.... Ini perlu di ingat jangan suka mengambil kesempatan untuk menunding jari kepada mana-mana pihak sekali pun .. kerana ini adalah tanggungjawab semua umat islam didalam negara mahupun luar negara.. Islam tetap sama pada hukumnya... Kita dikejutkan dengan serbuan Jais di sebuah rumah ibadat di selangor baru-baru ini dengan rasa tidak senang pada apa yang terjadi dan apa yang sedang terjadi disitu perlu di kenalpasti dan siasat dengan lebih terperinci kerana ada penglibatan dimana orang yang beragama islam turut hadir di tempat yang tidak sepatutnya mereka hadir atas tujuan apa sekali pun kerana menolak dari fitnah yang lebih besar kepada mereka mahupun cuba untuk bersifat tolak ansur atau terbuka , namun tidaklah sampai ke tempat ibadat mereka. Apa yang perlu kita pertahankan adalah hak umat Islam dan keluarga umat Islam itu sendiri supaya di beri perhatian oleh semua lapisan masyarakat dan untuk menuntut supaya ada sifat hormat terhadap tuntutan umat Islam dan tuntutan Agama Islam itu . Pekara ini PAS mahu pun PKR atau pun Umno perlu duduk semeja atas ukhuwah Islamiah dan persaudaraan umat Islam untuk mempertahankan anak-anak dan sahabat seugama supaya tidak terjebak di kancah jenayah syariah yang terbesar ini... Umat islam perlu bertegas atas menjaga Agama dan Akidahnya.. Sekiranya ada kekurangan pada pelembagaan atau perundagan maka perlulah ada penambahbaikan keatas usaha memertabatkan dan perlindugan kepada semua umat Islam lebih diperkukuhkan lagi supaya tidak menjadi masaalah yang lebih besar di masa akan datang..... Jangan asik berpolitik semata-mata tampa ada gerak kerja untuk mengukuhkan dan melaksanakan tuntutan syariat Islam ... Pesanan untuk yang memegang amanah dari Allah.. Bukan masanya untuk menunding jari..!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment