بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِناً عَلَيْهِ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ عَمَّا جَاءكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجاً وَلَوْ شَاء اللّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَـكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُم فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ إِلَى الله مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
48. "Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya".
" And unto thee have We revealed the Scripture with the truth , confirming whatever Scripture was before it , and a watcher over it . So judge between them by that which Allah hath revealed , and follow not their desires away from the truth which hath come unto thee . For each We have appointed a divine law and a traced out way . Had Allah willed He could have made you one community . But that He may try you by that which He hath given you ( He hath made you as ye are ) . So vie one with another in good works . Unto Allah ye will all return , and He will then inform you of that wherein ye differ ".
" 我降示你这部包含真理的经典,以证实以前的一切天经,而监护之。故你当依真主所降示的经典而为他们判决,你不要舍弃降临你的真理而顺从他们的私欲。我已为你们中每一个民族制定一种教律和法程。如果真主意欲,他必使你们变成一个民族。但他把你们分成许多民族,以便他考验你们能不能遵守他所赐予你们的教律和法程。故你们当争先为善。你们全体都要归于真主,他要把你们所争论的是非告诉你们 "。
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْاْ فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
49. "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik ".
" So judge between them by that which Allah hath revealed , and follow not their desires , but beware of them lest they seduce thee from some part of that which Allah hath revealed unto thee . And if they turn away , then know that Allah ' s will is to smite them for some sin of theirs . Lo! many of mankind are evil livers " .
" 你当依真主所降示的经典而替他们判决,你不要顺从他们的私欲,你当谨防他们引诱你违背真主所降示你的一部分经典。如果他们违背正道,那末,你须知真主欲因他们的一部分罪过,而惩罚他们。有许多人,确是犯罪的 "。
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْماً لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
50. " Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah ".
" Is it a judgment of the time of ( pagan ) ignorance that they are seeking? Who is better than Allah for judgment to a people who have certainty ( in their belief ) ? "
" 难道他们要求蒙昧时代的律例吗﹖在确信的民众看来,有谁比真主更善于判决呢﹖ § "
Apakah mereka ini sudah berfikir semasak-masaknya sebelum mengaitkan hukum Islam dan syariat islam kepada keganasan dalam tulisan mereka ini . mereka harus elak dari samakan dan hasilkan dari apa yang dituntutkan oleh agama islam sebagai satu keganasan ...
Kita sama sekali menolak cara keganasan dalam apa bentuk sekali pun , namun Hukum Islam tetap wajib di laksanakan di kalangan umat islam sekarang ...
kita telah di hebahkan dengan gejala yang membahayakan umat islam dalam negara dan ia sudah menjadi bahan bualan seharian kita berkenaan dengan gejala murtad dan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan segala apa yang mereka ada dan juga segala bentuk perancangan untuk memesongkan akidah umat islam tanah air kita ini ...
Namun kita umat islam dan pihak pemerintah masih leka dengan politik mereka sehingga sampai sekarang masih tidak ada bentuk atau undang-undang pencegahan gejala murtad dan memurtadkan ini..
laporan dipetik dari BH Online :- (Perkataan yang diguna cukup mengecewakan)
JI mahu bentuk Islam Raya.
KUALA LUMPUR: Golongan yang baru mengenali agama dan taksub dengan pelaksanaan hukum hudud antara yang dikesan cuba menghidupkan kembali pemikiran ekstremis Jemaah Islamiah (JI) yang memahami agama secara melampau. JI yang memasuki negara ini pada Disember 1984 dengan kemasukan pemimpin kumpulan militan dari Indonesia, Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Bashir yang diburu pihak berkuasa republik itu dikesan cuba dihidupkan kembali secara serius sejak lebih setahun lalu.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain, berkata sebilangan kecil bekas anggota JI yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting, Taiping dipercayai menjadi sumber utama menyubur dan menghidupkan gerakan pengganas di kalangan pelajar termasuk di institusi pengajian tinggi dan orang awam yang berpotensi untuk dilatih dan dipengaruhi dengan fahaman radikal.
Berdasarkan pengalamannya memulihkan lebih 50 ahli JI hampir empat tahun sejak 2006 di kem tahanan berkenaan, beliau berkata kumpulan itu menyasarkan serangan ke atas beberapa lokasi strategik antaranya Bangunan Parlimen, KL Sentral, KLCC, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lokasi tumpuan warga asing. Katanya, seorang tahanan yang menjalani program pemulihan mengaku pernah meletakkan bom buatan sendiri di dalam tong sampah di Jalan Telawi 5, Bangsar yang menjadi tumpuan pelancong pada waktu puncak, bagaimanapun ia gagal diletupkan. Sehubungan itu berdasarkan kajian lapangan dan pemerhatian selama 14 tahun berkait dengan ajaran sesat dan ekstremis serta pengalaman memulihkan tahanan JI, beliau menyarankan kerajaan menggubal undang-undang lebih ketat bagi membendung tindakan ekstremis kerana ISA tidak mencukupi untuk menyekat fahaman itu daripada terus disuburkan. Penulis buku Siapa Sebenarnya Wahhabiy? itu turut menyarankan pihak berkuasa agama dan keselamatan memberikan pendidikan dan pendedahan mengenai fahaman ekstremisme, selain media berperanan sebagai wacana pendidikan. “Mana-mana negara yang tidak mempunyai kekuatan dari segi undang-undang bagi membendung ekstremis atau kegiatan militan akan menjadi tumpuan kumpulan itu. “Malaysia antara 10 negara di dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Belanda dan Indonesia yang menjadi negara tumpuan aktiviti merekrut atau menggerakkan kumpulan militan,” katanya dalam ceramah sempena Ramadan di surau The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), di sini, Khamis lalu. Mengulas lanjut, Zamihan berkata matlamat JI adalah untuk mewujudkan rantau Islam Raya membabitkan Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Singapura dan Brunei. Perjuangan untuk menegakkan Islam Raya tidak pernah padam kerana mendakwa perjuangan itu adalah jihad dan sesiapa yang menghalang dianggap musuh Allah. Katanya, walaupun ancaman kumpulan itu berjaya dikurangkan berbanding 10 dan 20 tahun lalu disebabkan tindakan tegas pihak berkuasa menahan dan memulihkan ahli JI, usaha menghidupkan kembali gerakan itu mula menampakkan usaha yang serius.

No comments:
Post a Comment