” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Wednesday, June 22, 2011
Kejahilan Terhadap Kebudayaan Bangsa Dan Toloransi..
Apa ke bodohnya pasal songkok pun jadi masaalah ... , Kalau dia tak mau pakai lantak kat dia la..
Yang adun DAP ni pun satu apa yang dia takut sangat tu.. berapa duit sangat dengan harga songkok tu .. apa dia takut jadi melayu ke kalau dia pakai songkok tu .. ?
Le guan eng perlu menerangkan kepada mereka ini jangan terlalu memilih atau terlalu
kolot dalam segi mempertahankan kebudayaan yang tidak menjolok mata..
Ini dia kegagalan system penerangan terhadap kebudayan dan kesenian bangsa . tidak mampu untuk memahami rakyat mahupun ahli politik ..
Sikap takut dan menakutkan masih lagi ada dalam sesetengah rakyat malaysia sehingga ke hari ini. Cina tak akan menjadi melayu sekiranya hanya memakai songkok. atau sekiranya melayu memakai pakaian Cheongsam tak akan menjadi cina .
Sekiranya sifat dan perangai seseorang itu baik maka apa yang dia ada dan apa yang dia pakai
tidak akan menjadi pertikaian kepada umum..
Benda kecil pun Dap tak mampu control ke..? lain kali pemilihan calon tu biar yang tau adat orang lain atau hormat walau pun bukan menjadi peraturan dalam sidang dun ... tak salah kalau kita nak hormat orang lain .. hormat lah budaya orang sama..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment