Apa yang kita tahu Bersih ini hanya pro Pakatan Rakyat sahaja.. Namun bagi pandangan mbrm ianya lebih luas bukan setakat kepada pilihan raya bersih namun juga tuntutan yang ada dalam benak pemikiran rakyat yang amat luas termasuk membersihkan politik tanah air kita dari fitnah, Lucah, Aib-mengaibkan , rasuah dalam semua bidang termasuk kakitangan awam dalam karenah birokrasi..
Ia melibatkan tidak hanya pada satu parti sahaja .. ia juga melibatkan pada semua parti dalam tanah air kita ini ... Umno , PKR, PAS, DAP, MCA, MIC, Gerakan, Kita, PPP, Bebas dll...
Ia tidak terkecuali dengan kelompok NGO dalam negara kita , dah seharusnya memberi sokongan sekiranya mereka mencintai negara dan keamananya..
Rakyat yang turun padang untuk menunjukan sokongan kepada Bersih adalah satu tanggungjawab dan menunjukan rasa hati rakyat yang mencintakan System pentabiran dan sikap atau perangai ahli politik mahu pun kakitangan awam yang bersih dari mementingkan diri dan keluarga mahu pun kronisma dari pada keutamaan terhadap kepentingan rakyat malaysia .
Ianya satu permulaan bagi kebangkitan rakyat untuk di muliakan dan di hargai oleh semua lapisan yang berkhidmat untuk rakyat .
Ianya juga bertepatan dengan Al-quran dalam surah : Al-Maidah:8
” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “
Namun apa yang kita lihat ada yang perlu kita tambah di dalam tujuan untuk menunjukan protes dalam negara bila rakyat turut turun menunjukan sesuatu desakan terhadap mana-mana parti atau NGO ianya hanya pada satu golongan sahaja atau kepada satu parti sahaja yang di tekan .. ia tidak akan mencapai tujuan pada semua rakyat yang mahukan perubahan yang sebenar.. ia itu BERSIH dan MEMBERSIHKAN...
Itu sebab sekiranya ada protes di dalam negara kita rakyat atau sesetengah NGO tidak sependapat disebabkan tidak memahami erti tuntutan dan tujuan hanya pada sebahagian kelompok tertentu sahaja ... seolah-olah pihak yang lain maksum tanpa kesalahan terhadap rakyat ..
Tujuan sepatutnya kepada semua untuk kembalikan kuasa rakyat tidak di main-mainkan dengan sewenag-wenagnya di perdaya atas sebab meraih sokongan golongan tertentu semata-mata... Pilihan rakyat untuk cuba memajukan tanah air yang tercinta . Negara malaysia bukan hak individu.. ianya hak rakyat malaysia.. dan Rakyat malaysia yang bertanggungjawab keatasnya..
No comments:
Post a Comment