” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Thursday, June 30, 2011
Himpunan Bersih Bukan Tujuan Untuk Jatuhkan Pemerintah.. Adapaham.!!
8 Tuntuntan Bersih yang disalah ertikan oleh golongan pro-pemerintah amat dikesali .
tujuan utama protes jalanan berikut adalah hanya menuntut system pilihan raya yang bersih dan adil dalam negara , Bukannya untuk menjatuhkan pemerintah. Kita masih mengikut dan menghormati perlembagaan dan undang-undang negara tak kira rakyat mahu pun pemerintah itu haruslah mematuhi undang-undang dan pelembagaan bertepatan dengan 5 rukun negara :
1) Kepercayaan Kepada tuhan.
2) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
3) Keluhuran Perlembagaan .
4) Kedualatan Undang-Undang.
5) Kesopanan dan Kesusilaan.
Kedaulatan undang-undang dan Keluhuran perlembagaan yang sepatutnya di fahami dan diamalkan oleh setiap warga negara malaysia tak kira Pemerintah , Kakitangan Kerajaan ataupun Rakyat . Haruslah menghormati undang-undang dan perlembagaan . Tuntutan untuk rakyat bersuara sudah tentu ada dalam perlembagan yang sedia ada .
Bagi rakyat atau pembangkang yang setiap apa yang dipromosikan atau perhimpunan mereka ada memohon permit dan akan berjanji untuk menjaga keamanan dan ketenteraman negara dalam setiap program yang mereka anjurkan . Apa salahnya lagi , Umno/BN sekarang ni sengaja memprovokasikan keadaan yang ada supaya ia menjadi kecoh. Kenapa polis tidak mengambil tindakan terhadap orang yang cuba mencetuskan huru hara tersebut , mereka juga dengan sengaja mengapi-apikan pertembungan dangan bersih dan cuba ugut-mengugut untuk turun menghalang bersih supaya suara rakyat dibisukan begitu saja untuk menuntut system pilihan raya Bersih dan adil .
Tuntutan ini terhadap SPR .. Kenapa Umno/BN menjadi kelam kabut adakah SPR itu Umno/BN.?
Kenapa Umno/BN menjadi takut setelah rakyat menuntut SPR mengendalikan pilihan raya yang bersih dalam negara . Pasti ada yang tak kena dalam hal ini . Berani kerana benar , Takut kerana Salah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment