Tuesday, June 28, 2011

Datuk Johari Pula Di Serang ...?


Tunjuk bukti saya minta RM1 juta, Johari cabar trio Datuk T
KUALA LUMPUR, 28 Jun
— Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta ‘ganjaran’ RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.


cuba anda perati betul-betul ada yang tak kena pada video ini sudah di potong-potong . sengaja untuk di tunjukan pada perkataan yang berkenaan anuar sahaja , dan percakapan nya bukan anuar tu kalau kita hayati betul-betul ..

Ahli Parlimen Sungai Petani itu memberitahu beliau telah memberitahu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim bahawa si pelaku dalam rakaman didedahkan 21 Mac lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu klip video terbaru muncul di Internet hari ini menyerang kewibawaan Johari dengan mendakwa beliau ada meminta RM1 juta untuk dirinya dan juga lima Ahli Parlimen lain jika mahu mereka keluar PKR.


No comments:

Post a Comment