Sunday, June 19, 2011

Anwar: Saya akan minta Bersih batal himpunan jika Najib jamin pilihan raya adil


SHAH ALAM, 19 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminta Himpunan Bersih 2.0 bulan depan dibatalkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata beliau bersedia meminta Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan “esok juga” jika Najib sanggup memberi jaminan itu.

PKR Desak Timbalan Presiden SPR Undur Jika Gagal Bukti Daftar Pemilih Bersih

PKR menggesa timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan jika tidak dapat membuktikan daftar pemilih induk yang diwartakan bulan lalu adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu.

Wan Ahmad diberi kata dua 48 jam membuktikan perkara itu.

Sambil menjadikan contoh di bahagian Parlimen Gombak diwakilinya, timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata SPR perlu membuktikan dakwaan dibuat beliau hari ini adalah tidak benar.

Dalam kenyataannya hari ini, Azmin (gambar) berkata, rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate dekat sini mempunyai 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina.

“Emak saya tinggal seorang diri sejak ayah saya meninggal dunia pada 1999. Sekarang saya ada (lima) adik-beradik Cina (pengundi kalangan kaum Cina) di rumah emak saya,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2011 di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment