Sunday, May 1, 2011

Najib Sepatutnya Mengajak Pas Laksanakan HUDUD Bersama-Sama.

Perpaduan akan berlaku sekiranya Islam didahulukan, Bukan politik kepartian yang dilaung-laungkan selama ini.
Kekuatan manusia berpandu kepada kekuatan dalaman jiwa manusia itu atau roh manusia itu , Sekiranya manusia mementingkan dunia dan mahukan kuasa atau harta pasti tidak akan berjaya untuk menyatukan umat.
 
Sepatutnya pihak Umno yang mempunyai kuasa dipentabiran pusat yang mampu mempelawa Pas bersama-sama untuk melaksanakan Hukum Islam dan laksanakan HUDUD . Ianya sudah menjadi tanggungjawab bersama dalam hal yang wajib ini .

Pas dan Umno yang sama-sama mengucap dua kalimah syahadah sudah pasti mengetahui sekiranya ada perbalahan di antara kita umat Islam perlulah dirujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunah sebagai panduan dan penyelamat untuk menyelesaikan pertikaiyan yang ada selama ini...

Pihak Umno beria-ia sejak dulu mengajak Pas menyertai mereka.
laporan Kosmo Online :-
KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengajak Pas untuk kembali menyertai Barisan Nasional (BN) bagi memelihara dan memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.
Menurut Najib, sudah tiba masanya untuk Pas keluar daripada agenda mempertahankan kedudukan DAP kerana parti itu tidak pernah sesekali memperjuangkan agama Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP. Adakah DAP boleh perjuangankan Islam?
“Saya nak cakap kepada Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP kerana ia merugikan kita,” katanya di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia di sini semalam.

No comments:

Post a Comment