Sunday, May 1, 2011

Anwar Perlu Bersumpah Untuk Redakan Keadaan Yang Penuh Fitnah.

Matlamat mereka hanya untuk mengubah presepsi rakyat terhadap beliau, Namun sekiranya beliau gagal untuk menjernihkan keadaan atau membalas serangan terhadap fitnah itu barangkali beliau akan tewas . Namun yang benar tetap benar apa perlu takut..

Kerana Allah akan melindungi pihak yang benar.


Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil langkah berjaga-jaga seandainya beliau tidak melakukan sumpah membalas fitnah terhadap orang yang memfitnah beliau, Pakatan Rakyat akan rugi dalam mengatasi persepsi rakyat malaysia kerana Pakatan Rakyat tidak hanya mahu sokongan dari penyokong Pakatan Rakyat semata-mata malah lebih dari itu .

Sememangnya yang benar itu tetap benar dan yang salah itu pasti akan mendapat pembalasanya kelak daripada Allah yang maha kuasa dan yang maha mengatahui dari apa yang kita lakukan di muka bumi ini.

Dari itu sumpah untuk menafikan apa yang tidak benar hanya untuk membela diri dari fitnah. Semoga Allah melindungi pihak yang benar.

Mereka cukup licik untuk memainkan isu yang boleh mengubah persepsi masyarakat untuk kepentingan sokongan undi PRU ke 13 nanti kerana kita sudah mengatahui bahawa sokongan terhadap parti Pakatan Rakyat semakin meningkat naik dan boleh mengatasi sokongan mereka selama ini . Dan mampu ke Putra Jaya untuk mengambil alih tampuk pemerintahan yang tidak pernah mahu berubah untuk rakyat .

Mereka tak akan berhenti setakat ini , Selagi matlamat untuk menjatuhkan moral pihak lawan dengan mencemar peribadi dengan fitnah yang melampau itu, Sekiranya DS Anwar tidak bertindak maka mereka merasakan matlamat dan cita-cita mereka tercapai dengan mengwas-waskan pengundi yang mengundi pada PRU 13 nanti.

Apa yang kita lihat pihak berkuasa tidak mampu untuk berlaku adil kerana terdapat tekanan-tekanan dari pihak luar agensi berkenaan.

Sebagai contoh mereka masih tidak mengambil tindakan terhadap Penayang & Penyembar Video tersebut. Malah, mereka dapat pelindungan istimewa pula ..... Baju kalis peluru pula disediakan terhadap mereka , Cukup istimewa dibandingkan dengan yang kena Fitnah .

No comments:

Post a Comment