Sunday, May 8, 2011

Cita-cita Anak Malaysia.. Kami Mahu Jadi PM..


Cuba kita tanya pada kanak-kanak Melayu, Cina, India, dan sebagainya . Apakah cita-cita mereka apa bila mereka dewasa kelak...?

Yang melayu ada yang ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia , ada kah itu satu kesalahan.? Sememangnya tidak kan...

Namun sekiranya anak-anak malaysia yang bukan keturunan melayu pula berkata mereka ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia adakah ia satu kesalahan..? Tidak ..! Tidak ada kesalahannya..

Ini menjadi perbualan dan perbalahan dikalangan orang politik yang berlandaskan perkauman yang menjadi ainya satu kesalahan diantara mereka .

Pada kami ia tidak menjadi kesalahan sama sekali sekiranya kita memahami erti perlembagan malaysia , sekiranya kita tahu keadaan yang sebenar..

Kerana system demokrasi berparlimen yang kita amalkan sejak merdaka mengikut jumlah kerusi dalam dewan atau pun di dalam parlimen . Sesiapa yang mendapat majoriti dalam dewan maka mereka berhak menubuhkan kerajaan negeri atau pun kerajaan pusat dengan mengikut perlembagan dan mereka juga berhak untuk memilih salah satu dari mereka untuk menjadi KM, MB atau PM mengikut perlembagaan yang sedia ada dalam negara .

Kenapa perlu dan masih dipersoalkan pekara ini . Adakah mereka tidak mempercayai perlembagaan yang sedia ada atau pun hanya mainan politik yang sempit dengan menakut-nakutkan rakyat .

KUALA LUMPUR, 8 Mei Pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada. “Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Aziz berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar semalam yang mengatakan perdana menteri wajar beragama Islam. Kata Zainul Rijal, walaupun ia tiada dalam peruntukan undang-undang mengenai soal agama atau kaum untuk menjadi perdana menteri, namun ia perlu bagi membantu dalam hal ehwal agama Islam.

“Perdana menteri mestilah seorang Muslim, jika tidak dia tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal berkaitan agama Islam. “Bagaimana anda boleh ada bukan Islam menasihati Agong dalam soal-soal mengenai Islam,” katanya.

Menurut Aziz, salah satu cara untuk meminda peruntukan itu adalah dengan memastikan majoriti dua pertiga di Parlimen. Justeru kata beliau, perdana menteri tidak seharusnya hanya orang Islam kerana Islam adalah agama rasmi negara dan terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri. “Jangan kita lupa bahawa negeri-negeri Melayu secara jelas mengatakan: MB (menteri besar) itu — bukan ketua menteri — perlu orang Melayu dan beragama Islam.

Peruntukan ini adalah jelas dan setiausaha kerajaan negeri juga perlu orang Melayu dan beragama Islam. “Islam telah dilindungi dalam peruntukan, jadi tidak perlu bimbang sekiranya perdana menteri bukan orang Islam,” kata Aziz. Beliau juga menegaskan Perlembagaan juga secara jelas mengatakan Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing dan tidak memerlukan nasihat daripada kerajaan negeri.

“Peruntukan sudah jelas mengatakan ketua agama Islam tidak perlu mendengar nasihat kerajaan negeri kerana mereka boleh membuat keputusan sendiri. Sekiranya diperlukan Yang di-Pertuan Agong boleh melindungi Islam, namun keperluan untuk menasihatkan Agong adalah tidak penting.

“Lebih baik jika kita tidak menyebut perkara yang tiada dalam Perlembagaan melainkan ia memerlukan semangat Perlembagaan atau sesuatu perkara lain, Perlembagaan perlu difahami dan bukan untuk menunjuk-nunjuk,” katanya./TMI

No comments:

Post a Comment