Saturday, May 7, 2011

Awas..! Sentiment Agama Pula Di Mainkan.. Ia Ibarat Bom Jangka Buat Rakyat ..

Berjaga-jaga dengan isu sensitive yang cuba dimainkan dalam politik mutaakhir ini. Ia ibarat bom jangka yang boleh meledakan kehamonian dan kestabilan rakyat berbilang kaum dan Agama .

Rakyat hari ini dikejutkan dengan satu berita yang boleh mendatangkan kemarahan rakyat lebih-2 lagi umat Islam kerana ada pihak yang cuba menghidupkan lagi sentiment agama di dalam negara pada hari ini .

Pada tahun lepas negara di kejutkan dengan kebakaran gereja di selangor dan kemudian surau pula menjadi sasaran simbahan cat , Dan dituruti dengan bangkai binatag yang haram dilemparkan ke pekarangan Masjid .

Namun masih mampu dikawal oleh kedua-dua belah pihak untuk mengawal emosi rakyat . Namun sekarang keharmonian rakyat berbilang kaum dan Agama di duga sekali lagi dengan berita yang boleh mencetus kemarahan di antara kaum dan agama .

Kita harapkan kerajaan mengambil tindakan awal dan siasat terlebih dahulu sebelum menuduh dan menempelak pihak lain sekali lagi.

Kita rakyat Malaysia tidak mahu keharmonian dikalagan rakyat di ganggugugat oleh pihak yang cuba memainkan dan melaga-lagakan diantara rakyat Malaysia dengan sengaja menimbulkan syak wasangka di dalam setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keadilan .

Kita perlu peringatkan pada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk meraih publisiti dengan meniupkan hamarah rakyat dengan cuba membuat tindakan sendiri dengan membuat kecuh dalam keadaan yang rakyat cuba untuk tidak masuk campur .Link isu .

Kerana dalam pelembagaan Malaysia termatub yang bahawa Islam adalah Agama resmi Malaysia . Namun sekiranya hukum Islam tidak dilaksanakan apa lah ertinya perasmian tersebut ... Perlu diingat kita lah yang bertanggungjawab terhadap perlaksanan hukum tersebut . Bukan hanya mengharapkan selogan semata-mata .

Itu sebab bala menimpa kita bermacam-macam sekarang ini .. Tak habis dengan isu Sex yang di pertuntunkan dan di sebarkan secara meluas dalam negara .
Kes jenayah yang semakin membimbangkan kita .. Dan keruntuhan Akhlak yang menjadi-jadi pada hari ini . Namun kita masih tidak mahu ambil peringatan .

Dan yang pentingnya umat Islam di Malaysia perlu menyokong kepada perlaksanaan Hukum Islam di Malaysia .

Keamanan Untuk Semua , Islam Membawa Kesejateraan .

No comments:

Post a Comment