Friday, April 29, 2011

Sumpah Tidak Boleh Mensabitkan Kesalahan Selagi Hudud Tidak Dijalankan .. Hadirkan Empat Orang Saksi.

Sumpah bukan bermakna tertuduh boleh dijatuhkan hukuman atau terbukti bersalahan terhadap beliau ,

Kerana yang menuduh sahaja yang beria-ria untuk menuduh , tetapi yang di tuduh masih menafikannya...

Oleh itu sekiranya mana-mana yang menuduh mestilah hadirkan empat orang saksi supaya tidak mudah untuk berlaku zalim dan fitnah.


Ia juga perlu melalui makamah syariah bukan ditempat yang kita suka ...


Sumpah tidak boleh mensabitkan kesalahan seseorang selagi Hudud tidak dlaksanakan,
Hadirkan empat orang saksi sekiranya mahu berlaku adil ..

Ini amat merbahaya kerana Fitnah lebih bahaya dari membunuh..

Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment