Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) bersama Timbalannya Tan Sri George Chan Hong Nam (kanan) selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Sarawak pada Mac 17, 2011 — Foto Bernama
The Malaysian Insider difahamkan pegawai-pegawai dalam kerajaan dan pentadbiran Najib percaya tindakan Taib, Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat, akan menggugat momentum pembangkang di negeri Malaysia Timur itu, yang hampir sama besar dengan Semenanjung.
Taib belum membayangkan tarikh pilihan raya negeri tetapi hari ini memberitahu pemberita di Kuching bahawa “tunggu hingga esok.”
Taib akan menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di Sarawak — di mana beliau dijangka mengumumkan bahawa akan melepaskan jawatan ketua menteri dan juga keputusan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri, yang bakal membuka laluan kepada pilihan raya negeri.
The Malaysian Insider juga difahamkan Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi akan dibubarkan seawal Isnin ini dengan penamaan calon dan pengundian dijangka bulan depan, tiga bulan sebelum mandat semasa berakhir pada 23 Julai.

No comments:
Post a Comment