KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mengambil langkah memastikan kenaikan harga minyak mentah akan membolehkan permintaan tinggi penggunaan domestik berterusan, terutama sekali di segi penggunaan dan pelaburan swasta.
Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan akan diambil jika harga tenaga itu terus meningkat di atas paras kritikan dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.
"Pelaburan sektor swasta sudah turun sejak beberapa tahun lalu tetapi dengan pengenalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat," katanya selepas taklimat dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
"Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global," katanya.
Peningkatan berterusan inflasi, katanya, akan terus memberi kesan terhadap pengguna.
Krisis hutang kedaulatan, menurut beliau, masih boleh diuruskan.
Beliau berkata, defisit kerajaan bergantung kepada jumlah perolehan yang diperolehi kerajaan berbanding dengan berapa banyak peningkatan sabsidi, khususnya jika tiada semakan semula di segi harga petrol, diesel dan perkara yang lain.
Menurut Najib, ia akan memberikan tambahan RM4 bilion pada tahun ini untuk menyediakan sabsidi pada harga semasa jika tidak dilakukan penyelarasan harga petrol. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment