Rata-rata rakyat sudah mengetahui apabila ada pilihan raya kecil pasti ada tawaran berlakon baik pelakon tambahan atau pun pelakon utama .. yang peliknya mereka ini bukannya pelakon drama melayu atau pelakon filem pun . Mereka ini hanya menjadi pelakon dalam PRK atau PRU untuk mendapat sokongan rakyat dikalangan kaum melayu .
Yang tak pandai berpantu boleh berpantun, yang tak pernah berlumpur pun berlumpur lah... yang heran tu yang tak pandai bertukang pun pandai dah.. hahahaha
Yang di Johor pun ke Pahang, yang di Perlis pun ke Melaka .. Apa rakyat di kawasan mereka dah kaya raya ke..??
Sebenarnya apa yang patut rakyat tahu ialah setiap pilihan raya pasti ada peruntukan yang besar hingga mencecah jutaan ringgit.
Persoalannya sekarang apakah faedahnya kepada rakyat umum dengan peruntukan tersebut ..? Ianya langsong tidak menguntungkan rakyat sama sekali.
Sebaliknya hanya memilih wakil rakyat untuk menipu rakyat . Contoh anda perlu ketahui Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%. Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Simpanan Melayu – atas wawasan pembangunan ala Mahathir canggih.
Tanah-tanah wakaf Melayu diambilalih oleh kerajaan negeri atas nama pembangunan dan akhirnya memaksa Melayu menumpang di tanah airnya sendiri. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Akan selamatkah TRM di Langkawi bila Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?
Umno sudah gagal mempertahankan tanah rizab melayu oleh pemimpin mereka sendiri.
Kita kena ajar mereka dengan undi kita , sampai bila kita mahu di tipu sedemikian rupa..
No comments:
Post a Comment