Kalau gagasan 1 malaysia dengan selogan Rakyat Didahulukan ..
Ini lah masanya pemerintah memikirkan semula dengan sebaik-baiknya untuk keselamatan rakyat malaysia terutamanya dan masyarakat dunia amnya tentang kesan ridiasi nuklear yang boleh menjejaskan kesehatan dan keselamatan rakyat . Oleh disebabkan sedikit kecuaian dari system quality bangunan dan perlindugannya dari kejadian yang tidak diingini..
Oleh sebab kita sudah cukup diperlihatkan dengan kejadian bangunan runtuh , stadium runtuh , Tiang Jejambat MRR2 pun boleh retak dua kali . masjid bocor , makmal komputer yang runtuh dan lain-lain, sudah cukup sebagai contoh untuk tidak dilaksanakan kerana ia amat beresiko kepada penduduk berhampiran loji nuklear itu nanti .
pertanda awal bagi pihak kerajaan tidak duteruskan pembinaannya bukan setakat pelindungan keselamatan rakyat namun kos tersebut boleh bertambah tinggi. Jangan suka mencari mudarat, " Ibarat meletakkan kutu di kepala sendiri , akibatnya tangan akan menjadi sibuk untuk menggarunya kelak...."
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Johnity Ongkili berkata kabinet akan membuat keputusan muktamad selepas menerima kajian penilaian tersebut. Katanya, kerajaan akan memanggil untuk tender tidak lama lagi bagi menilai projek tersebut berhubung saiz, lokasi dan teknologi yang bakal digunakan.
“Jadi, sehingga kabinet memutuskan (sebaliknya), pada pandangan kami, ia menjadi hasrat untuk (meneruskan) tenaga nuklear,” kata Maximus.
Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.
Namun, kata Maximus, jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya hari ini tidak membincangkan perkara berkenaan.
Awal minggu ini, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklear selepas apa yang terjadi di Jepun.
Chin pada Disember tahu lalu mengumumkan Malaysia akan membina dua loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa bagi mengurangkan penggantungannya kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik.
No comments:
Post a Comment