Thursday, February 10, 2011

Malaysia 2 - 0 Hong Kong malam tadi ..

Shah Alam 09-02-2011 - Pasukan bola sepak kebangsaan mampu berubah setelah menewaskan Hong Kong 2 - 0 malam tadi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam .

Kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 serta Amirulhadi Zainal dalam masa kecederaan separuh masa kedua.

Ini merupakan perlawanan antarabangsa pertama skuad negara selepas muncul juara Piala AFF Suzuki baru-baru ini.
Di harapkan pasukan kita mampu mempertahan dan mempertingkatkan mutu permainan pasukan Negara dengan lebih baik lagi sekaligus menaikkan mertabat bola sepak tanah air yang selalu di idamkan oleh peminat bola sepak tanah air kita yang sudah sekian lama menantikanNya .

Dalam pada itu Penyerang Selangor, Mohd Safee Sali menunjukkan jersi pasukan barunya Pelita Jaya dari Jawa Barat, Indonesia selepas mengikat kontrak selama setahun dengan kelab Liga Super Indonesia itu, di Wisma FAS Kelana Jaya, Selangor, 7 Feb.

No comments:

Post a Comment