Juru cakap pasukan keselamatan dan jabatan Kesehatan Palestin di Gaza, Adham Abu Salamiya, menyebut sebanyak 8 orang awam Palestin cedera, di antaranya adalah dua orang tua dan 3 orang wanita. Mereka semua hantar ke hospital Kamal Adwan di utara Gaza, Setelah pesawat tempur Zionis Israel menggempur sebuah gudang ubat-ubatan di timur kota Gaza.
Abu Salamia menambah Zionis secara langsung menggempur gudang ubat-ubatan dan menghancurkan gudang dan memusnahkan kedai-kedai di sebelahnya. Ini terjadi di tengah krisis ubat-ubatan dan keperluan perubatan yang terjadi di Sepadan Gaza.
Dalam laporan mengatakan bahwa pesawat-pesawat tempur Zionis Israel menggempur gudang ubat-ubatan yang terletak di daerah Jabal Ras. Serangan ini mengakibatkan terjadinya kebakaran besar dan memusnahkan sebahagian besar bangunan, sejumlah fasilitis dan rumah-rumah yang berdekatan.
Disebutkan bahawa pasukan penyelamat telah bekerja selama beberapa jam untuk memadamkan api yang merebak, sementara itu pasukan penyelamat menghantar mangsa ke hospital Kamal Adwan.
Sebelumnya sumber-sumber setempat melaporkan, pesawat-pesawat tempur Israel jenis F16 kembali menggempur Gaza selepas tengah malam. Satu bedilan di antaranya mengenai tempat kosong di wilayah utara, dekat tapak letak kereta di wilayah Zaitun, kota Gaza. Sumber ini menyebutkan, letupan kuat yang terdengar dari jauh meninggalkan lubang besar serta beberapa bangunan hancur.
Sebelumnya dilaporkan bahawa pesawat-pesawat tempur Zionis melancarkan dua kali serangan udara ke wilayah utara Gaza, tepatnya di daerah Jabal Rais dan mengakibatkan kerosakan pada beberapa rumah penduduk.
Sumber-sumber tempatan mengatakan puluhan kendaraan tentera Zionis Israel menyerbu daerah Tamun pagi ini dan mengepung rumah penduduk Adam Bani Audah 34. Mereka menggeledak rumah dan merosak barang-barang yang ada di dalamnya sebelum menangkap pemiliknya.
No comments:
Post a Comment