Sunday, February 6, 2011

DAP pulak buat hal ...!!

Semakin senak perut penyokong Pakatan Rakyat , Dalam mereka mengikuti suasana kebangkitan rakyat Mesir menumbangkan Firaun Mesir , tup tup di negara sendiri masih ada yang menjadi katak di kalangan rakan parti PAS dalam Pakatan Rakyat yang terbaru di fahamkan segelintir ahli dan pemimpin dari parti DAP pula berpaling tadah dan menyertai parti Gerakan .

Ini menandakan masih lagi ada niat dari rakan dari parti Pakatan Rakyat untuk berbuat sedemikian dan Pakatan Rakyat masih tidak consistent dalam mempertahankan jati diri untuk memperjuangkan keadilan untuk rakyat .

10 pemimpin DAP Tawau keluar parti
TAWAU 6 Feb. - Seramai 10 orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya, James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan, salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN).
Tindakan kesemua 10 anggota parti pembangkang yang diketuai James itu diumumkan oleh Naib Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina naib presiden berkenaan, di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment