Pihak media arus perdana atau blogger perlu hentikan segera isu ini dan jangan dipolitikkan masaalah ini kerana ia boleh disalah tafsir oleh rakyat umum . Kerana untuk menjaga kesefahaman kaum di muka bumi Malaysia yang tercinta ini.
Itu sebab Islam melarang merayakan perayaan yang bukan Islam seperti kongsi raya atau merayakannya .
Adalah terlebih baik kita sambutkan hari perpaduan kaum dan disambut oleh semua lapisan masyarakat
didalam Negara ini dengan berbilang kaum . Ia lebih baik dari merayakan perayaan bagi menghadiri upecara keagamaan peganut lain ..
Sebaik-baiknya kita rakyat malaysia keseluruhanNya sudah saling memahami terhadap sensitiviti berkaitan keagamaan sesama sendiri . Yang penting Ahli politik jangan menggambil kesempatan terhadap isu Agama dan memPOLITIKAN isu ini .. Ia menggundang bahaya kelak sekiranya di salah tafsir .
Ianya adalah hak untuk kita perlu menghormati kepercayaan antara satu sama lain untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan Negara ..
Bagi pemimpin negara atau pemimpin masyarakat setempat juga ada hak bagi mereka untuk menjaga sentimen dan kepercayaan mereka sendiri dan perlu di ingat adakah sama bagi meraka iaitu umat Islam dan bukan Islam dalam kepercayaan dan peraturan dimana perlu diberiperhatian dan penjagaan atas kepercayaan masing-masiang tentu tidak sama . Sebagai contoh dalam sudut Akidah bagi umat Islam..
Firman Allah dalam Al-quran :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)
MaksudNya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha MengasihaniKatakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! . Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. (surah al-kafiroon ayat 1~6)
Elak unsur agama ketika rai perayaan bukan Islam
Rumah terbuka sekadar rapatkan hubungan sesama manusia di luar konteks akidahMASYARAKAT majmuk di negara ini merayakan pelbagai perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas dengan semangat meningkatkan persefahaman, muhibah, toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang fahaman.
Mengikut garis panduan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai perayaan itu, ada pendapat mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan itu boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.
Berdasarkan buku Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, tulisan Dr Abdul Hayei Syukor, ada dua pandangan berbeza dari sudut hukum mengenai orang Islam turut merayakan hari perayaan bukan Islam.
Kekeliruan dari sudut hukum merayakan hari perayaan agama lain atau dalam konteks ‘rumah terbuka nasional’ berpunca daripada fahaman kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu.
Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, mereka merelakan kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah atas nama agama mereka, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.
Sebaliknya, jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka untuk merapatkan perhubungan sesama manusia, maka ia adalah di luar daripada konteks meraikan akidah atau merelakan agama mereka.
Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana akan menyebabkan orang yang melakukannya berdosa.
Berdasarkan persoalan hukum itu, pihak menganjurkan majlis perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti bagi memastikan sambutan perayaan tidak menyinggung sensitiviti keagamaan orang awam yang menyertainya.
Perayaan bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam ialah:
# Majlis itu tidak disertakan upacara bertentangan akidah Islam contohnya menyertakan simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin dan pokok Krismas.
# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bertentangan syarak yang diamalkan masyarakat bukan Islam iaitu memakai pakaian seperti Santa Claus.
# Majlis itu tidak disertakan perbuatan bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam seperti percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan. Berpakaian menjolok mata, mendengarkan lagu mempunyai seni kata berunsur lucah serta pemujaan. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik dan laga ayam.
Penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam seperti mengikut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM.
Sementara itu, sebahagian ulama berpendapat mengucapkan selamat pada hari raya bukan Islam adalah diharamkan. Alasannya, ketika mengucapkan seperti itu bererti seseorang setuju dan reda dengan syiar kekufuran yang mereka perbuat.
Meskipun seseorang tidak reda dengan kekufuran itu sendiri, namun tetap tidak dibolehkan bagi seorang Muslim untuk reda terhadap syiar kekufuran atau memberi ucapan selamat pada syiar kekafiran lainnya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (imanmu) dan Dia tidak meredai kekafiran bagi hamba-Nya, dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredai kesyukuranmu itu.” (Surah az-Zumar, ayat 7)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Pada hari ini (Arafah) telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redakan Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah al-Ma’idah, ayat 3).
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Kolumnis kontroversial Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempertahankan dakwaan permintaan pegawai-pegawai Datuk Seri Najib Razak agar simbol-simbol Kristian dialih dan tidak diadakan doa selamat ketika perdana menteri menghadiri majlis jamuan teh sempena sambutan Hari Krismas minggu lalu.
Malah dalam ruangannya disiarkan hari ini, Ridhuan juga mengecam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad, yang meminta Najib agar memohon maaf berhubung perkara tersebut.
Seterusnya, Ridhuan juga berkata, jikapun benar permintaan sedemikian Najib dan pegawai-pegawainya tidak perlu memohon maaf atas tindakan mereka dan ia bukan satu perkara berat.
“Pada saya, jika benarlah berita tersebut, permintaan pejabat Perdana Menteri itu tidaklah terlalu berat.
“Ia tidak ada kaitan langsung dengan tindakan untuk menghalang kebebasan beragama kecuali mereka yang ingin mendapatkan laba politik,” kata beliau dalam tulisan terbaru bertajuk “Politik murahan yang memualkan”.
“Ultra kiasu sungguh mereka yang tidak sedar diuntung ini. Mencari politik murahan yang amat memualkan dalam keadaan umat Islam tersepit,” kata beliau merujuk kepada desakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Baru-baru ini, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menggesa Najib memikul tanggungjawab sepenuhnya dan meminta maaf secara terbuka berhubung sikap “tidak senang” akibat tindakan pembantunya ketika majlis sambutan Krismas anjuran Ketua Biskop Katolik pada Hari Krismas.
Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa pegawai-pegawai Najib mengarahkan kepimpinan gereja mengalih salib dan simbol-simbol lain daripada lokasi majlis itu, yang diadakan di Bukit Nanas di sini sebelum ketibaan Najib.
Selain itu, him dan doa juga dilarang ketika kehadiran Najib.
Sumber-sumber mendedahkan bahawa arahan itu dikeluarkan tanpa pengetahuan Perdana Menteri.
Pemimpin-pemimpin DAP, PAS dan PKR menggesa Najib agar bertindak segera dan menjelaskan pendirian beliau mengenai arahan itu atas alasan sebarang kelewatan dikhuatiri boleh menjejaskan hubungan antara kaum yang rapuh.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menggambarkan tindakan pembantu-pembantu Najib itu sebagai sikap “tidak boleh bertolak ansur”, malah mencerminkan sikap kerajaan pusat Barisan Nasional (BN).
Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok menuduh perdana menteri cuba untuk mengongkong kebebasan agama dan menuntut beliau memikul tanggungjawab sepenuhnya serta memohon maaf.
Penganut agama Kristian ada hak untuk tersinggung, kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menambah, syarat-syarat yang dikenakan ke atas Gereja Katolik menunjukkan sikap Umno dan BN yang mahu terus meletakkan negara ini berpecah dalam soal agama.
Tulisan Ridhuan juga mendakwa selama ini tidak ada siapapun melarang sambutan Krismas sehingga menenggelamkan suasana bandar raya walaupun bilangannya begitu sedikit.
Katanya, sambutan Krismas seolah-olah mempamerkan penganutnya lebih 50 peratus di negara ini.
Pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ini menambah, atas dasar menghormati kebebasan beragama, tidak ada larangan untuk mengehadkannya walaupun sepatutnya berpada-pada dengan bilangan kurang 10 peratus.
“Pemimpin PAS Shah Alam begitu beriya-iya mempertahankan isu ini dan mendakwa Perdana Menteri tidak mengamalkan toleransi beragama.
“Pada saya toleransi yang ditunjukkan oleh pemimpin negara selama ini terlalu tinggi, jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berapa banyak cuti perayaan bukan Islam yang diberikan cuti umum? Bandingkan perayaan-perayaan Islam di negara bukan Islam,” katanya dengan meminta agar dilihat suasana di Singapura.
“PAS tidak perlulah menangguk di air yang keruh. Saya yakin jika pemimpin PAS Shah Alam itu bertanding atas tiket ultra kiasu di salah satu kawasan Parlimen Kuala Lumpur, sudah tentu sambutan yang diterima amat luar biasa kerana beliau jelas mewakili suara bukan Islam,” katanya yang juga Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Ridhuan menyindir dengan berkata malang sungguh rakyat Shah Alam mendapat pemimpin sebegini rupa.
“Ternyata suara ketua ultra kiasu Selangor dan pemimpin Shah Alam ini sama dan senada, cuma agama sahaja yang berbeza. Jika tidak, mungkin mereka berjodoh,” katanya.
Beliau menambah, penganut Kristian berhak untuk menyambut perayaan mereka tetapi mahu mereka juga patut menghormati Perdana Menteri selaku seorang pemimpin nombor satu yang beragama Islam.
“Jika mengikut hukum, banyak perayaan agama bukan Islam yang tidak boleh dihadiri oleh orang Islam. Tetapi atas toleransi dan keharmonian, pemimpin negara kita buat pejam mata sahaja. Saya juga ingin mendapat komen pemimpin PAS dalam hal ini. Dan juga, apakah hukum membina patung Buddha yang begitu besar di Kelantan dengan bilangan penganut mereka yang begitu sedikit di sana?” katanya.
Ridhuan juga menyoal sama ada cacatkah majlis tersebut dengan ketiadaan lambang-lambang tersebut.
“Selama ini kebanyakan sambutan perayaan Malaysia diadakan di tempat terbuka yang dihadiri oleh Perdana Menteri.
“Kali ini Perdana Menteri bermurah hati menerima jemputan yang diadakan di rumah biskop tersebut.
“Sudah tentu lambang-lambang keagamaan bersepah-sepah di rumah tersebut. Apakah permintaan Perdana Menteri begitu besar kesalahannya, hanya semata-mata untuk mengelakkan fitnah?” katanya lagi.
Seiring dengan tajuk tulisannya, Ridhuan berkata, politik murahan hari ini hanya menunggu masa untuk menjatuhkan seseorang.
“Seribu kebaikan akan dilupakan hanya dengan satu kesilapan atau kesalahan. Inilah politik kotor saling jatuh-menjatuh yang tidak pernah berkesudahan kalangan orang Melayu Islam?
“Lebih hina lagi pemimpin ini membanding dengan, apakah mungkin Perdana Menteri akan mengalihkan patung-patung di Batu Caves jika ada jemputan dibuat daripada penganut Hindu di sana?” katanya.
Sambil berkata ia merupakan dua isu yang berbeza, Ridhuan berkata, beliau yakin semua pemimpin Islam tidak akan berada selesa jika majlis keramaian atau perayaan diadakan di tempat-tempat ibadat.
Ridhuan berkata, sambutan Krismas tidak sepatutnya dibuat di gereja atau di rumah paderi tetapi di tempat umum.
“Sama juga sambutan di Tahun Baru Cina, tidak wajar di adakan di tokong atau kuil Cina kerana sambutan tersebut tidak sesuai diadakan di sana kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah,” katanya lagi.
Beliau menambah, kesediaan dan kesudian Perdana Menteri yang sanggup “mencemar duli” pergi ke “rumah ibadat” tersebut sepatut diberikan penghargaan dan pujian, bukannya dilacurpolitikkan.
Bayangkan jika Perdana Menteri tidak berhati-hati dan terus pergi ke “rumah ibadah” tersebut, tiba-tiba muncul gambar Perdana Menteri bersama-sama lambang salib di atas kepalanya.
“Tidakkah nanti akan dipolitikkan oleh pembangkang ketika pilihan raya.
“Saya masih teringat bagaimana lambang salib dijadikan isu untuk mengaibkan dan menjatuh pemimpin Islam satu ketika dahulu. Tidak kiralah siapa yang melakukannya, tetapi semua peristiwa ini perlu dijadikan teladan,” katanya.
Ridhuan berkata, kalaupun tiada arahan sepatutnya pihak gereja perlu faham sensitiviti masyarakat Islam di negara ini setelah lebih 53 tahun merdeka.
“Jika perkara ini sudah tidak menjadi sensitif lagi, saya cadangkan Menteri Besar Selangor atau Menteri Besar Kelantan, satu hari nanti mungkin boleh mengambil kesempatan untuk merasmikan tokong atau gereja orang bukan Islam?
“Saya yakin orang bukan Islam juga tidak akan berasa selesa jika kita panggil menghadiri majlis keagamaan orang Islam di dalam masjid,” katanya.
Beliau menambah, sebenarnya ada banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat terhadap agama lain tidak semestinya melalui jemputan rumah terbuka, apatah jika dibuat di tempat ibadat.
“Saya tidak pasti, apakah Perdana Menteri akan melakukan permohonan maaf atau tidak. Dalam isu ini, yang pasti Perdana Menteri tidak bersalah.
“Terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri. Tetapi amatlah tidak molek dan bersopan, jika kita memaksa Perdana Menteri memohon maaf secara terbuka seperti yang cuba dilakukan oleh (Mursyidul Am PAS, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat),” katanya lagi.
THANK YOU TO MR DR RETUANAN MELAYU TEH.......
ReplyDelete