KUALA LUMPUR, 10 Jan: Pemuda PAS Pusat akan menjadi orang tengah di antara budayawan dan kaum India bagi menyelesaikan kontroversi berhubung Interlok, novel yang digunakan sebagai teks sastera pelajar peringkat menengah. Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiyat berkata, pertemuan muhibah itu dijangka berlangsung pada petang 13 Januari ini di sekitar ibu negara. Menurutnya, pemuda akan menjadi perantara di antara Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dengan NGO India yang akan ditetapkan oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS. "Sudah menjadi tangggungjawab kita untuk menjadi orang tengah dalam isu ini. "Mereka bercakap dalam dimensi yang berbeza-beza dan tak ada satu usaha untuk menyatukan mereka dan mereka bercakap berdasarkan kepada pemahaman masing-masing," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Tambah Suhaizan, kesediaan menjadi orang tengah itu kerana pemuda mempunyai hubungan yang rapat dengan kedua-dua pihak. "Kebetulan kita memang agak rapat dengan kedua-dua kelompok ini. kelompok budayawan pun kita rapat, kelompok masyarakat India pun kita rapat malah sebahagiannya terdiri daripada ahli dewan himpunan (penyokong PAS)," katanya. Interlok adalah sebuah karya sastera bermutu yang mengambil latar masa sekitar 1910 sehingga 1957. Paksi menegaskan, novel itu adalah satu rakaman sejarah dalam bentuk fiksyen rakaman realiti semasa yang cukup baik, mengenai masyarakat Malaysia waktu itu iaitu zaman pra merdeka dan ia sangat sesuai dijadikan teks sekolah. Namun kontroversi mengenai Interlok timbul apabila NGO India memandangnya sebagai sebuah novel yang menghina kaum India, khususnya pada bahagian-bahagian tertentu, sehingga ia dikatakan sebagai karya bentuk 'rasis'. |
” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Tuesday, January 11, 2011
Interlok: Pemuda PAS sedia jadi orang tengah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment