Thursday, January 13, 2011

ADUN Komtar kesal tuduhan melulu ke atas dirinya

Adun Komtar, Ng Wei Aik kesal dengan serangan secara bersistematik ke atas keperibadiannya tanpa meneliti insiden di Gat Lebuh Macallum, George Town sehingga mendesak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertindak awal bulan ini.

Menurut Ng, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan yang hampir meragut nyawa pelanggan-pelannggan restoran nasi kandar menyebabkan tindakan penguatkuasaan dilakukan segera.

“Tindakan penguatkuasaan diambil MPPP untuk mengelakkan sebarang malapetaka yang lebih serius akan berlaku pada pelanggan-pelanggan restoran serta menjamin kepentingan dan keselamatan awam.

“Tidak wujudnya unsur atau niat jahat untuk tindakan-tindakan tersebut diambil,” kata beliau sambil menambah, sebarang tindakan yang diambil oleh MPPP dengan niat murni atau tujuan yang baik perlu disokong oleh semua pihak.
Mala petaka

“Kita tidak ingin tindakan baru diambil selepas sebarang mala petaka yang membawa maut atau menggugat keselamatan nyawa orang awam berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Ng sebelum ini menjelaskan, beliau sanggup melepaskan jawatannya sekiranya terbukti bahawa beliau ada mengeluarkan kenyataan berbaur rasis, seperti yang didakwa.

Minggu lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Ng agar memohon maaf berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ungkapan seumpama itu 2 Januari lalu.

NONENg didakwa berkata, “tutup kedai, balik India” kepada Syed Kasali Mohamed Aliyar, 42, ketika pasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi menyita barang-barang kedai.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ng yang turut menunjukkan rakaman video pada hari kejadian.

“Ini jelas satu pembohongan... fitnah dan dakwaan liar yang saya tidak boleh terima,” kata beliau pada sidang media hari ini.

“Jika ada bukti bahawa saya mengatakan kata-kata itu, saya dengan segera akan meletakkan jawatan saya sebagai setiausaha politik,” kata beliau.
Keselamatan rakyat

Ng juga berkata, beliau akan menghantar surat kepada Kimma meminta mereka memohon maaf dalam seminggu atau berhadapan dengan tindakan susulan.

NONEDalam kenyataannya hari ini, setiausaha politik ketua menteri itu berkata, kerajaan yang bertanggung jawab ada kewajipan untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyatnya supaya tidak terjejas oleh apa-apa kejadian yang bakal berlaku.

Sehubungan itu kata Ng, sehingga kini tiada apa-apa bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau pernah meluahkan sebarang kenyataan yang berbaur perkauman.

“Semua wartawan yang membuat liputan berita pada malam tersebut juga dapat menjadi saksi saya bahawa tidak pernah saya mengeluarkan kata-kata yang mahukan pemilik atau pekerja-pekerja restoran 'balik India'.

“Ini merupakan suatu fitnah dan tohmahan yang liar dan jahat terhadap saya. Tindakan saman mahkamah tetap akan diambil terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap saya,” katanya.

2 comments:

  1. sebenarnya kamu tu nak tunjuk kuasa...berlagak macam samseng...
    kamu tidak sepatutnya ambil bahagian dalam operasi tersebut.
    kamu harus tahu setakat mana kuasa kamu sebagai wakil rakyat.
    sebaiknya kamu berjumpa dengan pemilik restoran,berbincang dan bagi nasihat...demi kebaikan bersama.
    tugas dan tanggung jawab wakil rakyat menyelesaikan masaalah tanpa pilih kasih dan kaum.
    aku pun benci sikap peniaga yang pentingkan diri sampai meletak meja diatas jalan raya.
    jika perlu saman sekali pun biar pihak penguatkuasa yang buat kerja mereka.
    bukan jadi gangster...kamu sendiri yang angkat tong gas dan memberi arahan pada polis supaya kawal keadaan semasa rompakan(gaya kamu macam perompak)tersebut.
    nampak sangat kamu pentingkan kaum sendiri..
    jangan lah gila kuasa...yang mengundi kamu dulu bukan orang2 cina saja..ada melayu,india atau lain keturunan..
    undang2 tetap undang2..tapi yang membuat undang2 itu kita juga berdasarkan peraturan dan budi bicara.
    banyak lagi peniaga di pulau pinang yang meletak kereta sorong mereka atas jalan tanpa apa2 tindakan.
    dimana slogan sama rata dan adil yang kamu selalu laung2kan.
    kena kaum sendiri kamu buat2 tak nampak...bila berlaku pada kaum lain...macam penyamun kamu datang merampas segala peralatan..

    ReplyDelete
  2. ” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8

    Masaalahnya mereka tidak beriman ... apa yang tuan katakan itu saya sokong .. wakil rakyat sebenarnya menyelesaikan masaalah rakyat bukan mendatangkan masaalah balik kepada rakyat.. dan perlu bertindak adil .. aku rasa memang banyak restoran nasi kandar di P.P ni buat sesukahati.. contoh di tapak letak kereta pu depa pulun letak kerusi meja ... kenapa tak disuruh pada MPPP/MPSP ambil tindakan tegas .. sama juga dengan restoran cina di P.P pun sama .. siap ada open pup lagi.. kalau kedai melayu bukan main laju depa ambil tindakan...

    ReplyDelete