Thursday, January 13, 2011

Adakah Debat Boleh Menyelesaikan Masaalah Rakyat ..? Apa Dah Jadi Dengan Politik Malaysia

Apakah dengan berdebat boleh menyelesaikan masalah rakyat atau boleh mengurangkan beban kenaikan barang yang melampau yang ditanggung oleh rakyat . Ahli politik masing-masing mahu tunjuk tera dengan masing-masing mencabar satu sama lain untuk berdebat , tetapi iaNya tidak akan berubah apa-apa pada rakyat . kita lihat debat perdana diantara DS Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery Cheek

Apa yang kita rakyat malaysia dapat dari hasil perdebatan itu ..? 

Ia hanyalah bertujuan politik semata-mata . Adapun idea yang bernas yang boleh diterima yang di lontarkan dalam pedebatan itu tidak pula diambil sebagai petukaran dalam pentabiran kerajaan dan juga tidak boleh menggubah dasar pemerintah .
Anwar Tetap Mahu Berdebat
 KUALA LUMPUR 13 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahu berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau merupakan individu yang mendakwa program 100 hari pembangkang tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, cabaran itu juga dibuat atas kapasiti Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan.

Keputusan itu katanya, dicapai pada Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Pembangkang di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, di sini hari ini. - Utusan


KUALA LUMPUR, 13 Jan – Gelanggang cabar-mencabar memperlihatkan kehangatan dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula mengajak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin agar berdebat dengan beliau.
Saifuddin berkata Ahli Parlimen Rembau itu sepatutnya berdebat dengan beliau, bukannya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan kedua-dua mereka merupakan pemimpin barisan kedua dalam parti masing-masing.
“Memandangkan Datuk Seri Najib Razak tidak bersedia, maka pemimpin barisan kedua boleh teruskan. Khairy harus menghantar surat jemputan kepada setiausaha agung, bukannya Anwar.
“Saya bersedia untuk debat dan Khairy, selaku graduan Oxford, tidak sepatutnya ada masalah,” kata Ahli Parlimen Machang ini kepada The Malaysian Insider.
Jemputan rasmi Khairy dihantar ke pejabat Anwar pagi tadi.
Malam tadi, seorang lagi pemimpin PKR iaitu Ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mengajak Khairy berdebat dengan beliau berhubung dasar ekonomi dibawa Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Dewan Pemuda PAS juga mengajak Khairy terima jemputan mereka untuk sertai forum mengenai aspek itu minggu depan di ibu negara.
Ia akan memfokus Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment