Monday, December 27, 2010

Indonesia Kalah Bukan Karena Laser

Minggu, 26 Desember 2010
 
 

Pemain timnas Malaysia, Safiq Bin Rahim, mengangkat kedua tangannya ke arah penonton di samping pemain timnas Indonesia, Arif Suyono, yang berjalan lemah usai pertandingan dalam laga pertama babak final Piala Suzuki AFF 2010 di Stadion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia, Minggu (26/12/2010). Indonesia kalah 0-3.

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Teror sinar laser bukanlah penyebab  kekalahan Indonesia dari Malaysia pada leg pertama final Piala AFF. Tim Merah Putih kalah karena kesalahan individu seorang pemain.
Demikian ditegaskan pelatih timnas Indonesia, Alfred Riedl usai pertandingan yang berakhir dengan skor telak tiga gol tanpa balas di Stadion Bukit Jalil, Minggu (26/12/2010) .
Tuan rumah Malaysia membuka kemenangan melalui gol yang dicetak oleh Mohd Safee pada menit ke-61. Gol kedua dilesakkan oleh Mohd Ashari Bin Samsudin pada menit ke-68, dan gol ketiga kembali dibuat oleh Safee pada menit ke-73.
WIRA dua gol Malaysia, Safee Sali (10) merai jaringannya bersama Kunanlan dan penjaring gol kedua, Ashari Samsudin (kanan) pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Norshahrul (gambar kecil) dianggap perancang utama kejayaan besar negara.
PENYERANG negara, Mohd Safee Mohd Sali, menanduk masuk gol ketiga dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia. Foto Osman Adnan 

Sebelum terjadinya gol pertama, pertandingan sempat dihentikan menyusul protes dari kiper Indonesia Markus Horison. Menurut Riedl, Markus dan sejumlah pemain terganggu oleh sinar laser yang menyorot wajah mereka.
"Setelah permainan dihentikan dan dimulai lagi, kami juga bermain bagus. Namun, setelah gol pertama, keadaan berbalik melawan kami. Malaysia semakin percaya diri dan pertahanan kami kacau," ujarnya.
"Ini bukan soal laser, tetapi kesalahan individual dari satu pemain. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain setelah gol pertama, tetapi itu titik baliknya. Saya akan mendiskusikan itu dengan pemain besok," tambahnya.

 Malaysia bawa bekalan selesa 3-0 ke Jakarta 
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Malaysia menunaikan hajat besar jutaan peminat bola sepak tanah air, dan kini mereka hampir mendakap Piala Suzuki AFF buat julung kali selepas menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Situasi ini membuatkan pasukan pelawat bergelar Merah-Putih itu bertambah pincang kerana ada tugasan besar untuk dibereskan di Jakarta, Rabu ini dalam perlawanan akhir kedua dengan realitinya harus menjaringkan empat gol tanpa dibolosi untuk menafikan impian pasukan Harimau Malaysia.
Berdasarkan format pertandingan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) keputusan perlawanan untuk menentukan juara ditentukan atas perkiraan agregat gol dalam dua perlawanan timbal balik.

Pancaran laser dan letupan bom asap pada babak kedua di gelanggang menyentap sedikit penghormatan negara kerana gelagat penyokong yang kurang bertanggungjawab tapi dua gol daripada Mohd Safee Sali pada minit ke-60 dan 72 serta satu menerusi pemain gantian, Mohd Ashari Samsudin, minit ke-68 berjaya memadamkan ‘gangguan sementara’ itu.

Jurulatih, K Rajagobal yang merancang baik strategi pasukan pada setiap perlawanan mengulangi komitmen sama dan beranggapan gol pertama pada babak kedua meniup semangat pemainnya untuk mencari kemenangan mutlak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

“Selepas mendapat gol pertama, sama seperti di Indonesia dulu, ia menaikkan semangat pemain dan selepas itu, kita terus menyerang dan mendapat gol kedua dan ketiga. Kita mungkin boleh menambah gol keempat namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti.
“Sebelum bermain, saya sudah dapat rasakan yang kita akan mendapat tiga gol. Apa yang pasti pemain berjaya menghiburkan seluruh penyokong kita di stadium malam ini (malam tadi). Mereka berhak untuk menang ,” katanya.

Kedudukan berbekal modal selesa ini akan dibawa pasukan ke Stadium Gelora Bung Karno, Rabu ini ketika ramai sudah beranggapan pasukan kebangsaan ini ada ramuan untuk mengatasi rekod barisan 1996 – yang layak ke final – untuk muncul juara baru kali ini.

Dalam final pada tahun berkenaan pasukan yang dibintangi pemain seperti Zainal Abidin Hassan gagal menjulang trofi berkenaan apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan akhir di Singapura.

Kali terakhir pasukan negara menewaskan Indonesia dalam final kejohanan utama adalah pada Sukan SEA 1979 di Jakarta 1-0 menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

BIARPUN ketinggalan 0-3, Ketua Jurulatih Indonesia, Alfred Riedl masih meletakkan harapan kepada skuadnya untuk mengatasi kelebihan agregat skuad Malaysia pada perlawanan timbal balik kedua pada Rabu ini.

"Memang agak sukar untuk menang 4-0 di tempat sendiri nanti tetapi dalam masa 90 minit perlawanan nanti, apa juga boleh terjadi biarpun peluangnya kecil," katanya yang menjawab soalan pemberita dengan muka yang merah padam.
Jurulatih berasal dari Austria itu berkata perlawanan pusingan pertama semalam adalah perlawanan yang biasa sehinggalah memasuki separuh masa kedua apabila pemain Harimau Malaya bertambah keyakinan dan kekeliruan melanda jentera pertahanannya.
"Sehinggalah jaringan pertama, perlawanan yang berlangsung adalah biasa saja sehinggalah gol pertama dijaringkan. Bola sepak sememangnya perlawanan yang sukar," katanya.


Mengenai perlawanan yang terpaksa dihentikan lebih kurang lima minit pada minit ke-54 akibat gangguan laser, Reidl berkata penjaga golnya, Markus Harison Rihihina memberitahu matanya dan beberapa anggota badan yang lain terkena pancaran laser.

No comments:

Post a Comment