Monday, December 27, 2010

Apa yang tak kena dalam PKR ni... PKR kaji tindakan disiplin ke atas MP Gobi bulan depan & Chegubard tolak jawatan timbalan SUA.

 Mereka adalah orang yang terawal yang menerajui perjuangan Reformasi setalah DS Anwar di pecat dari timbalan perdana menteri . Mereka juga tidak terlepas sekiranya ada demo selalunya merekalah orang yang ditangkap terlebih dahulu . Tetapi apa dah jadi sekarang setelah berlaku pemilahan parti baru-baru ini sudah bermacam-macam cerita yang berlaku .


Calon ketua angkatan muda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam pemilihan lalu berkata beliau enggan menerima tawaran untuk dilantik ke jawatan timbalan setiausaha agung yang ditawarkan parti.

Tambahnya, beliau kini masih menunggu tindakan parti itu berhubung aduan yang dibuat berkaitan pemilihan parti yang berakhir bulan lalu.

Badrul Hisham yang popular dengan jolokan Chegubard itu turut mengucapkan terima kasih kepada presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kerana mengumumkan pelantikan beliau ke jawatan itu pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, Badrul Hisham (atas, berjaket hitam) berkata beliau memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut atas dasar prinsip.

"Saya sayangkan parti ini, dan kerana sayanglah saya akan terus menegur.

"Saya sayangkan negara ini, saya ingin pastikan keadilan menjadi sesempurna mungkin sebelum kita sampai ke Putrajaya," katanya dalam sidang media di Bukit Mertajam.

Katanya, beliau membuat keputusan itu setelah mendengar pandangan daripada rakan dan ahli keluarganya.

azlanBeliau terus menuntut tindakan lanjut selepas beliau mendengar nasihat daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang memintanya bersabar dan tidak mengambil tindakan melulu.

"Saya juga ingin ingatkan tentang janjinya bahawa keputusan siasatan (aduan pemilihan) akan diketahui dalam dua minggu... Janji ini dibuat dalam kongres parti (pada November)," katanya.

Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat walaupun tanpa apa-apa jawatan dan turut menegaskan supaya tindakan diambil terhadap aduan yang timbul berhubung pemilihan tersebut.

Beliau sebelum ini pernah mengadu terdapat campurtangan serius Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan langsung yang kali pertama dijalankan itu.

KUALA LUMPUR, 27 Dis — Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Ahli Parlimennya N. Gobalakrishnan, yang dilihat mula memberontak dengan kecaman-kecaman pedas terhadap kepimpinan parti itu, bulan depan.

Setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa beliau telah menerima banyak aduan daripada akar umbi berhubung tindakan wakil rakyat Padang Serai itu menyerang beberapa pemimpinnya menerusi Twitter.
Saifuddin berkata, beliau akan memanjangkan aduan-aduan yang diterima kepada pemimpin parti ketika mesyuarat biro politik bulan depan, yang lazimnya bertemu setiap minggu, untuk membincangkan nasib Gobalakrishnan.
“Saya akan membangkitkan perkara ini dan menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi. Saya tidak boleh mengambil tindakan disiplin ke atas beliau tanpa membawa perkara ini kepada pemimpin-pemimpin parti.
“Menerusi perbincangan, biro politik akan membincangkan sama ada perlu mengeluarkan surat tunjuk sebab,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Tambah beliau, ahli-ahli parti mengadu bahawa kepimpinan parti perlu merapatkan kerjasama selepas mengalami kesan teruk ekoran pemilihan parti baru-baru ini.
“Mereka melahirkan rasa tidak puas hati ke atas Gobalakrishnan, selaku pemimpin kanan parti, melahirkan rintihan di khalayak,” katanya lagi.
“Mereka merasakan beliau harus tahu peraturan (parti),” kata Saifuddin.
Malah kata beliau, ramai ahli berpandangan bahawa Gobalakrishnan cuba berusaha untuk memprovokasi parti agar mengambil tindakan memecatnya.
“Ini pandangan tulen ahli-ahli biasa. Mereka mengadu menerusi SMS, ada yang menghubungi saya. Mereka tidak gembira dengan beliau,” katanya.
Saifuddin menambah, Gobalakrishnan seharusnya menggunakan kelantangan beliau untuk faedah yang lebih baik daripada menyerang pemimpin-pemimpin sendiri dalam PKR.
“Saya tahu beliau sejak hari pertama dan beliau sentiasa kritikal, lantang dan berani. Ia satu aset kepada parti jika digunakan untuk tujuan yang baik,” katanya.
Saifuddin menambah, PKR ada ruang yang secukupnya bagi ahli-ahli parti melahirkan rintihan mereka.
Saifuddin juga menekankan, parti belum lagi mengisi tujuh jawatan dalam kepimpinan tertinggi dan juga nama ketua-ketua perhubungan negeri.
“Kami akan menyelesaikan semua ini pada minggu pertama bulan depan,” kata beliau sambil menambah, ahli-ahli PKR seharusnya memfokus untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum.
The Malaysian Insider mambawa laporan pagi tadi memetik naib presiden baru PKR N. Surendran  melahirkakn kekecewaan dengan sikap Gobalakrishnan sambil menggesa Ahli Parlimen Padang Serai itu agar menghentikan serangan ke atas parti tersebut serta-merta.
Surendran berkata, Gobalakrishnan juga telah menghambur kritikan kabur serta tidak berasas ke atas beberapa individu dalam parti.
“Di saat PKR mengalu-alukan sebarang diskusi konkrit dan menguntungkan, kita juga tidak bertolak ansur dengan serangan tidak berasas ke atas kepimpinan parti,” kata beliau, yang minggu lalu dilantik sebagai naib presiden, dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau meminta Gobalakrishnan menghentikan segala serangan tidak berasas ke atas parti pada kadar segera.
“Jika tidak, kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat mengandaikan tindakan beliau itu adalah semata-mata untuk memprovokasi parti agar tindakan disiplin diambil ke atas beliau berikutan matlamat beliau untuk mendatangkan bahana kepada parti sebelum meninggalkannya,” kata beliau merujuk kepada kenyataan melalui media lama dan Twitter oleh Gobalakrishnan, yang telah dilapor sejak akhir minggu lalu.
Gobalakrishnan merupakan salah seorang calon naib presiden yang kalah dalam pemilihan PKR yang baru berakhir.
Kelmarin, Gobalakrishnan meningkatkan kecaman dan kritikan serta menjawab ulasan pelbagai pihak tetapi menafikan akan keluar parti.
Ia membawa kepada andaian sesetengah pihak bahawa Gobalakrishnan juga akan keluar PKR mengikut beberapa  bekas wakil rakyat parti itu.
“Mengapa mesti saya keluar parti, ini parti reformasi, kita mesti melakukan reformasi. Saya berada sejak awal penubuhan parti.
“Kami baru mengadakan pemilihan, saya memberi panduan kepada pemimpin-pemimpin yang baru... saya memberikan pandangan ikhlas, itu sahaja,” katanya.
Dalam mesej Twitter hari ini, Gobalakrishnan berkata, “semua pimpinan PKR harus sedar saya tidak kecam parti, malah pimpinan yang tidak telus dan juga mereka yang tidak hormati rakyat.”
Satu lagi mesej berbunyi, “Anwar boleh pecat saya, mengkhianati saya, malah menghantar saya ke neraka. Tiada mengapa. Tolong buka (laluan ke) Kuil Siva (di Bukit Hasing), yang dia tutup,” katanya.
Gobalakrishnan menambah, “saya telah melalui ranjau perjalanan, tetapi hasilnya hanya pengkhianatan Anwar (yang saya terima)”.

No comments:

Post a Comment