” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Wednesday, November 24, 2010
Korea Utara bedil pulau Korea Selatan
INCHEON - Tentera Korea Utara melepaskan sekurang-kurangnya 200 bedilan meriam ke Pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan dekat sempadan semalam hingga menyebabkan dua askar Korea Selatan terbunuh manakala 19 yang lain cedera termasuk 17 anggota tentera dan tiga orang awam.
Bedilan itu menyebabkan tentera Korea Selatan membalas dengan serangan artileri serta mengerahkan beberapa buah jet pejuangnya ke lokasi tersebut dengan pertempuran berterusan selama sejam.
"Rumah-rumah dan beberapa kawasan pergunungan terbakar manakala orang ramai berpindah dari Pulau Yeonpyeong," kata seorang saksi kepada stesen televisyen YTN.
Sumber Korea Utara mendakwa, serangan meriam itu dilancarkan selepas Korea Selatan tidak menghiraukan amaran supaya ia menghentikan latihan ketenteraan di lokasi berkenaan.
Selepas serangan itu berlaku, asap kelihatan dari bangunan-bangunan di Pulau Yeonpyeong yang dihuni kira-kira 1,700 orang awam dan terletak sekitar 120 kilometer ke barat ibu kota Korea Selatan, Seoul.
Sementara itu, Amerika Syarikat semalam mengutuk serangan Korea Utara itu dengan Setiausaha Akhbar White House, Robert Gibbs meminta Pyonyang supaya menghentikan tindakan provokasi dan mematuhi perjanjian gencatan senjata yang menamatkan Perang Korea pada 1953.
Serangan kali ini adalah yang terbaru dalam persengketaan ketenteraan antara kedua-dua belah pihak selepas sebuah kapal perang Korea Selatan tenggelam pada Mac lepas dipercayai akibat bedilan torpedo tentera Korea Utara.
KEPULAN asap kelihatan di Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan akibat bedilan meriam tentera Korea Utara semalam.
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) - Tiada sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB diadakan semalam membabitkan insiden bedilan meriam oleh tentera Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan di sempadan kedua-dua negara itu, kata Presiden Majlis Keselamatan, Mark Lyall Grant.
"Sidang berkenaan tidak diminta," katanya ketika ditanya mengenai insiden tersebut yang mencetuskan ketegangan terbaru dan menyebabkan seluruh dunia dilanda kebimbangan.
Kenyataan itu dibuat selepas seorang diplomat Perancis menyatakan, satu sidang tergempar Majlis Keselamatan akan diadakan membincangkan tindakan Pyonyang melepaskan 200 bedilan meriam ke Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan yang dianggap pergeseran terburuk sejak Perang Korea pada 1950-1953. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment