Kalau Iklan ini tiada kaitan dengan tukar Agama , Apa bagi pandangan finas orang Islam boleh berkahwin sedangkan pasangan masih belum Islam ..? Angkat nikah lagu mana ni finas ooi .... TV3 sudah dapat habuanNya dengan pak Lebai santa .... Finas tidak langsung mengambil pengajaran dari apa yang terjadi sebelum ini .. Ia menyebabkan pebalahan di ruangan comments youtube tersebut . Finas perlu lihat pada persepsi penonton dan perlu dilihat kesan apabila ia disalah fahamkan .... Sila lihat di sini
“Ikan ini adalah susulan iklan yang diterbitkan semasa Hari Raya apabila Muthu berkahwin campur dengan seorang rakyat tempatan Sarawak, Rina.
“Jadi, kami cuba memaparkan bagaimana rakyat Malaysia yang berlainan latar menyambut perayaan masing-masing. Kami juga ada iklan susulan semasa Krismas dan Tahun Baru Cina.
Menurut Mahyidin iklan itu adalah kerja kreativiti dan tidak seharusnya dicampurkan dengan politik.
Mahyidin merujuk kepada ulasan senator S Ramakrishnan yang mempersoalkan mesej pada iklan itu yang cuba dibawa oleh penerbit iklan berkenaan.
Katanya, jalan cerita iklan ini, hampir sama dengan drama Bollywood bila mana terdapat konflik pada permulaan tetapi semuanya berakhir dengan baik. Apabila iklan itu berakhir, ia memaparkan suasan kegembiran dan kebahagiaan di kalangan kedua-dua keluarga itu.
Iklan 30 saat yang didakwa disiarkan di RTM dan Astro - menunjukkan seorang lelaki dari keluarga beragama Hindu menghadapi masalah dengan keluarganya setelah dia berkahwin dengan seorang perempuan Islam.
Perempuan Islam itu pula keberatan memakan makanan yang disajikan oleh keluarga suaminya. Dia akhirnya menjamah makanan berkrenaan setelah diyakinkan oleh seorang rakan keluarga itu bahawa makanan itu adalah halal.
Menurut Ramakrishnan, iklan Finas itu memaparkan sikap bermusuhan keluarga Hindu dan gagal menangani isu soal pemaksaan penukaran agama sebelum seseorang boleh berkahwin dengan orang Islam.
Mahyidin sebaliknya berkata iklan itu cuba memaparkan tolak ansur dan perasaan kasih sayang di kalangan masyarakat pelbagai bangsa. Ia menunjukkan rasa hormat di antara berlainan bangsa di mana makanan halal disediakan untuk tetamu mereka yang beragama Islam.
Sumber - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment