KUALA TERENGGANU, 22 Okt: Umat Islam yang prihatin menyertai tunjuk perasaan secara aman bagi membantah penganjuran Festival Busana Muslim yang menghina Islam. Bantahan secara aman itu dianjurkan oleh Pemuda PAS Terengganu diadakan selepas mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu dan Masjid Batu Rakit, Setiu. Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani ketika menyertai demonstrasi aman di luar kawasan Masjid Pengadang Baru berkata bantahan diadakan serentak di seluruh negara oleh Pemuda PAS Pusat dan negeri-negeri selepas solat Jumaat, hari ini. Katanya, penganjuran Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos lalu yang dinaungi ‘Wanita Pertama’, Datin Seri Rosmah Mansor jelas menghina Islam kerana pakaian model yang terlibat tidak menutup aurat. “Ada model menggayakan fesyen yang memakai baju tidak menutup aurat dengan tulisan ‘Muhammad’ yang jelas memalukan umat Islam. “Pemuda PAS bantah sekeras-kerasnya dan jika dibuat sekali lagi di negara ini akan ditentang dan akan kerah seberapa ramai umat Islam untuk bantah sehingga penganjuran itu dibatalkan,” tegasnya. Beliau berkata, Pemuda PAS amat sensitif dan akan menentang dengan apa cara sekali pun walau terpaksa dengan pengorbanan darah dan nyawa. “Pemuda PAS desak Rosmah selaku penaung program itu minta maaf secara terbuka dan pihak berkuasa ambil tindakan,” ujarnya di hadapan kira-kira 1,000 orang. Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ketua Pemuda PAS Marang, Wan Ahmad Zuki Wan Ismail turut serta. Di Masjid Batu Rakit, lebih 500 umat Islam menyertai bantahan tersebut. |
” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Saturday, October 23, 2010
Pemuda PAS bantah festival busana hina Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment