Sunday, September 12, 2010

Malaysia Semakin Parah Dengan Jenayah.

Saya sebagai rakyat malaysia semakin bimbang dengan keadaan jenayah di negara yang tercinta ini .
Kadar jenayah semakin menjadi-jadi sehingga nyawa yang tekorban tak kira umur dan jantinaNya, Daripada janin hingga warga emas mahu pun perempuan atau lelaki yang menjadi korban saban hari .
yang terbaru kisah bermula dari kehilangan.

Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan


KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

PersoalanNya:  Adakah undang-undang sekarang masih boleh mencegah peningkatan kadar jenayah di tanah air kita ini ?

Jawapan saya sama sekali tidak akan mencegah bakal-bakal penjenayah akan datang selagi mana mereka tidak menyaksikan hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah-penjenayah masa kini seperti pembunuh jika disabitkan kesalahan dan terbukti yang dia bersalah maka hukumanNya Gantung sampai mati (bunuh balasanNya juga bunuh : Qisas) dan perlaksanaan hukuman itu perlu dilakukan secara live atau semua rakyat boleh menyasikan hukuman tersebut dengan apa cara sekalipun.
Dengan itu Allah akan campakan rasa takut dan gerun pada kita untuk melakukan jenayah tersebut "InsyaAllah"

No comments:

Post a Comment