Wednesday, August 18, 2010

UMNO+MCA-MIC/PerkasaXGerakan = Sama je haru biru.. Cuba Meyalahkan PR

Apabila mereka lantik orang-orang yang bermasaalah sebagai pemimpin mereka tanpa segan silu mereka ini iaitu pemimpin-2 dikalangan parti mereka menyalahkan sesama mereka , Namu mereka lupa yang masaalah itu juga datang dari mereka sendiri .

Mereka ini yang menyebabkan seluruhNya bermasaalah , Mempertikai satu sama lain dan mereka juga sudah berani mempertikai hak orang lain dan hak kaum lain dan hak Agama lain .

Politik mereka semakin kotor , Dengan hanya bermatalamatkan kepentingan beribadi dan parti sanggup membelakangkan keharmonian negara kita .

Masaalah gejala sosial yang ada pun tidak terlepas datang dari orang-orang yang dianggap pemimpin masyarakat, Mereka juga penyumbang peningkatan masaalah sosial negara . Tetapi masih menduduki tahta Parti dan Negara.

Bila masa mereka ini nak memperbaharui kepimpinan negara sedangkan mereka pun tidak terurus dan tidak telus.

Dengan hanya mempertahankan hak mereka sendiri dan mencari pablisiti sendiri hingga lupa dengan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada rakyat, Tidak mempertahakan hak dan keistimewaan rakyat, Tidak mahu berfikir untuk mengurangkan beban rakyat dan tekanan hidup rakyat , Malah memberi beban kepada kehidupan rakyat keseluruhanNya .

PRU-13 nanti rakyat perlu berhati-hati untuk memilih pemimpin yang akan memimpin mereka , Jangan hanya taksub kepada parti yang membebankan kita semua . Cukuplah kita ditipu selama ini , jangan terlalu merasa selesa dengan keadaan yang hanya sementara . diberi habuan sedikit terus lupa pada kesusaan yang berlaku terkemudian dengan sikap yang tidak mesra rakyat.  

Negara sudah ditimpa dengan kerugian dan pembaziran yang melampau, Satu demi satu kes yang dimaklumkan kepada kita seperti Simedarby, KTMB, MAS, Perwaja, Bakun, dan PKFZ. Project yang tidak menguntungkan rakyat. Kalau dihitungkan jumlah kesemua kerugian tersebut pasti berbilion-bilion jumlahNya.

Cuba anda fikir MAS sahaja sudah dikhabarkan kerugian sehingga 8 bilion, bagaimana yang lain..?Tambahan lagi dengan pampasan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan disebabkan project yang bemasaalah ..
fiki-fikikan lah.... mbrm.blogspot hanya boleh berkata :-
Manusia sentiasa dalam kerugian sekiraNya tidak memilih kebenaran . Kebenaran yang nyata didepan mata digelapkan mata hanya semata-mata habuan yang sedikit didunia . Bila mana manusia hanya memilih Harta, Tahta & Wanita . Sehingga mempertuhankan Nafsu semata-mata . SepatutNya wanita dijaga, bukan diinanya dan menggambil kesempatan terhadap mereka .
Supaya membolehkan kita hidup dengan ceria, aman dan sejahtera.....

Laporan Utusan Malaysia Online :
Jangan sentuh isu sensitiviti kaum - Osman Bakar
KUALA LUMPUR 17 Ogos -
Tindakan tegas perlu diambil terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berikutan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum apabila mempersoalkan sistem kuota untuk usahawan bumiputera dalam Model Baru Ekonomi (MBE).

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, tindakan itu juga seharusnya tidak menolak kemungkinan untuk menahan Soi Lek di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika beliau terus membangkitkan isu yang cukup sensitif itu.

"Sekiranya terbukti kenyataan Presiden MCA itu mampu memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini, sudah tentu tindakan sewajarnya perlu diambil ke atas beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengingatkan MCA supaya tidak terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

Jelas Muhyiddin, setiap kaum berhak memperjuangkan nasib kumpulan yang diwakili tetapi perbuatan itu tidak boleh sesekali dilihat menjejaskan sensitiviti kaum lain.

Soi Lek semalam terus mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Malah bekas Menteri Kesihatan itu dalam kenyataan akhbarnya semalam menegaskan yang beliau tidak teragak-agak berkongsi pandangan sama dengan DAP untuk kepentingan masyarakat Cina.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof. Madya Mohd. Noor Yazid menyifatkan, kenyataan Soi Lek itu dilihat hanya bertujuan mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden MCA, selain cubaan untuk memenangi hati kaum Cina.

Justeru, beliau yang juga Pensyarah Program Perhubungan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) percaya, dasar MCA itu tidak akan diubah dalam masa terdekat.

"Soi Lek sebenarnya mahu digelar sebagai 'hero' kepada kaum Cina apabila memberitahu yang beliau tidak takut berkongsi pandangan sama dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada kaum itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Kajian Ketahanan Negara, Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani turut sependapat dengan Mohd. Noor sambil menyifatkan bahawa tindakan Presiden MCA itu lebih kepada mencari publisiti sahaja.

"Niat Soi Lek baik iaitu mahu menjaga kepentingan kaum Cina di negara ini.

"Bagaimanapun, cara yang digunakannya itu tidak kena dan mungkin akan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya.

No comments:

Post a Comment