Saturday, August 21, 2010

HUDUD: PROVOKASI ATAU REALITI


Pada pandangan MBRM, Karpal menyatakan bantahan beliau kerana beliau merasakan bahawa jika undang-undang Hudud dilaksanakan, maka akan terjejas firma guamannya (Bisnes beliau) yang selama ini mempraktikkan undang-undang Sivil.

Walaubagaimanapun, jangan kita lupa pada pandangan beliau yang menyokong supaya hukuman bunuh dilaksanakan terhadap kesalahan buang bayi.

Ini adalah sebahagian dari hukum islam juga (hudud dan qisas). Seharusnya, media massa yang PRO pemerintahan perlu memahami bahawa, hukuman hudud hanya dilaksanakan keatas orang Islam dan hukuman sivil tetap akan berjalan seperti biasa dan diguna pakai bagi menjalankan hukuman kepada orang yang bukan Islam.

Firman Allah :
                                   بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦

MaksudNya :
" Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6) "

Jadi tak perlulah media PRO pemerintah cuba melakukan PROVOKASI pada PAS dan DAP. Perkara ini jelas, siapakah yang menolak hudud sebenarnya??

Jika DAP menolak hudud, mungkin kita sebagai umat islam faham, bahawa mereka ini tak berapa faham masalah hukuman hudud ini, tapi isu nya sekarang pemerintah islam sendiri yang menolak hukum hudud. Kesannya,masalah sosial dan jenayah yang semakin meningkat setiap hari.

Berikutan kenyataan Karpal yang tidak setuju hudud dilaksanakan..sila klik sini

Bagi MBRM kita sebagai umat Islam perlu menyokong perlaksanan hukum Islam ini di bumi malaysia kerana ia sudah menjadi kewajiban bagi setiap umat Islam tak kira dimana dan apa fahaman politik mereka.

No comments:

Post a Comment