Friday, August 6, 2010

Eh..eh, pandai pulak engkau cakap tidak kira siapa memerintah…

Engkau ‘berak’ orang lain kena basuh. Memanglah betul apa yang hang duk katakan tu.

Tidak kira siapa perintah, maka dialah bertanggungjawab. Pemerintah semasalah yang bertanggungjawab.

Tapi yang pasti, kerajaan PR dah uruskan semua tu Cuma MB, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya meluahkan kekesalan dengan ‘tahi’ Umno-BN yang ditinggal itu terpaksa ‘dibasuh’ oleh Pakatan Rakyat.

Oi!..nak bayar tu bukan pakai daun la bro. Pakai duit la. Duit tu bukan hangpa punya. Itu semua duit rakyat. Kalau dah RM390,000 tu, bukanya sedikit. Banyak benda boleh buat untuk kebajikan rakyat. Jangan duk fikir nak tanggung kesilapan pemimpin-pemimpin Umno-BN yang tak bertanggungjawab.

Semalam, Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak mengetahui ada tunggakan saman ekor RM390,000 yang direkodkan sepanjang tempoh Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.

Menurutnya, isu itu tidak pernah ditimbulkan oleh pegawai bawah pentadbirannya sambil berharap kajian dibuat bagi mengenal pasti secara terperinci tunggakan yang dimaksudkan.

“Saya tidak tahu menahu pasal tunggakan saman ekor yang dimaksudkan itu. Mungkin juga saya tidak dimaklumkan sebab ia bawah pengurusan bahagian protokol,” katanya.

Mahdzir berkata, hal-hal berkaitan pembayaran saman dikendalikan oleh Bahagian Kewangan Negeri, dan sekiranya berlaku tunggakan, sepatutnya dimaklumkan kepada pegawai berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Mungkin tidak perasan, apabila membabitkan terlalu ramai pemandu. Apabila tidak diambil tindakan segera oleh pihak terbabit, berlaku tunggakan. Seeloknya tidak perlu ungkit kerana isu ini berkaitan Kerajaan Negeri, tidak kiralah siapa yang memerintah,” katanya.

Beliau mengulas pendedahan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengenai jumlah tunggakan saman berjumlah RM390,000 daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang terpaksa dijelaskan bagi membolehkan pendaftaran kereta rasmi Kerajaan Negeri yang baru didaftarkan.

Memang sah menunjukkan engkau adalah MB tak prihatin. Apakah dengan jawapan tidak tahu itu adalah integriti seorang pemimpin yang bertanggungjawab? Tulah, masa ada kuasa tu, jangan asyik duk fikir macamana nak kelentong rakyat aje, fikir nak songlap duit rakyat aje, fikir macamana nak dapat projek masuk poket kroni.

Siapa perintah kena bertanggungjawab

Aku sokong pernyataan tu, tapi apakah engkau boleh terima, siapa yang dipilih rakyat untuk memerintah, kerajaan pusat perlu hormati dan meneruskan peruntukan sepatutnya kepada kerajaan pilihan rakyat agar segala kebajikan untuk rakyat dapat diteruskan dengan sempurna tanpa ada sekatan dan halangan daripada kerajaan Barisan Nasional pusat.

Janganlah pulak masa ‘basuh tahi’ engkau, engkau boleh cakap kerajaan yang perintah bertanggungjawab, tapi bila kerajaan yang dipilih rakyat memerintah Kedah, kenapa pulak peruntukan yang sepatutnya disalurkan sebelum ini melalui kerajaan negeri engkau pi sekat?

Cakap tak serupa bikin. Time bayar hutang pandai pulak engkau cakap kerajaan yang memerintah kena bertanggungjawab.

Engkau faham apa itu demokrasi? Sape-sape yang rakyat pilih, kenalah beri peluang depa perintah. Usah diganggu depa tu perintah. Segala peruntukan salurkan melalui kerajaan negeri, bukan melalui perhubungan Umno pulak.

Itu barulah ‘kerajaan yang memerintah kena bertanggungjawab’. Yang kalah tu faham-fahamlah yang engkau orang dah jadi pembangkang bukan lagi kerajaan. Jadi kenalah jadi pembangkang yang bagus. Ke tak gitu.

No comments:

Post a Comment