Monday, December 21, 2009

Pegangan konsesi jambatan kedua diputus tahun depan - Masaalah jambatan pertama macam mana..?

04Muharam1431H . 21/12/2009
Terbaca berita berkenaan dengan pegangan konsesi jambatan kedua Pulau Pinang di kosmo, teringat la pulak saya tentang masaalah yang berlaku dan masih berlaku di Jambatan Pulau Pinang (Penang Bridge) yang menjadi tarikan pelancong di negeri pulau mutiara itu.


Ingin saya berkongsi cerita tentang masaalah di jambatan pertama Pulau Pinang itu.

Sekiranya saya melaluinya  pasti terdapat penunggang motosikal yang berada di tepi jambatan tersebut, Bukannya mereka ingin melihat pemandangan indah disekitar jambatan atau lautnya tetapi berlakunya Tayar Motosikal mereka Pancit setiap hari yang menghairan kan saya .

Peristiwa itu juga pernah berlaku kepada saya dan rakan-rakan beberapa kali sebelum ini , dan di dapati paku yang baharu yang tercucuk di tayar motosikal kami .

Persoalannya kenapa pula paku yang baharu berada di atas jambatan ini . 

Mungkin ada sendikit yang mencari rezeki yang haram di sini dengan mencampak paku tersebut, kemudian mereka memberi penghidmatan penukaran tiub yang baharu dengan harga yang mahal dalam lingkungan RM18 ~ RM20 .

Ini amat membebankan pengguna rata-rata pengguna motosikal ini perpendapatan rendah...
yang perlu mengunakan Jambatan Pulau Pinang ini untuk ke tempat kerja mereka.

Sekiranya pendapatan mereka hanya RM25.00 sehari ditolak dengan rm20.00 tiub motor yang telah pancit  + rm1.40  tol jambatan , maka hari tu mereka hanya berpendapatan RM3.60 . cuba anda bayangkan kesusahan mereka....

Permasaalahan ini telah di ajukan kepada pihak Penang Bridge . dan telah ada
aktiviti untuk mencegahnya seperti berikut :

1) Mereka telah membersihkan Jambatan ini Pagi dan petang mengunakan lori pembersih jalan.

2) Mereka memberi penghidmatan pengangkutan sekiranya berlaku tayar motor penguna pancit dengan menyediakan talian kecemasan dan dihantar ke bengkel yang terdekat secara percuma .

3)Pantauan setiap masa di jambatang dan lain2..

Tetapi masaalah ini masih tidak ada kesudahan , masih banyak pengguna motosikal yang pancit tayarnya di jambatan tersebut.

Kami harapkan ada pihak yang tampil membantu untuk menyelesaikan masaalah ini . Ini adalah masaalah rakyat Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya.

berita dari kosmo :
TASEK GELUGOR - Kerajaan menolak desas-desus yang dikeluarkan oleh sebuah laman blog berhubung penawaran tempoh pegangan konsesi selama 45 tahun untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kerajaan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung tempoh konsesi yang ditawarkan untuk projek berkenaan malah perkara tersebut hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada suku pertama tahun hadapan.

"Dalam menentukan tempoh konsesi bagi satu-satu projek, ada beberapa model dan variasi yang perlu ditentukan.

"Kalau kita beri tempoh (konsesi) yang lama, ada kemungkinan kita boleh menurunkan kadar tol dan hanya akan dinaikkan dalam tempoh-tempoh tertentu seperti tiga tahun sekali dan kalau beri tempoh yang singkat pula, kadar tol yang dikenakan akan menjadi tinggi dan akan kerap berlaku kenaikan tetapi untuk Jambatan Kedua, kita belum tentukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pembangunan pertanian Parlimen Tasek Gelugor di sini semalam.

http://mbrm.blogspot.com/

1 comment:

  1. Tindakan Penang bridge utk membantu amat dihargai,tetapi masalah tidak dapat diselesaikan juga,perlu ada penyelesaian yg lebih efektif.Malah laman web Penang Bridge bagi tujuan aduan awam juga tidak berfungsi
    (sila rujuk http://www.penangbridge.com.my/feed.php)kami pegguna membayar setiap kali menaiki jambatan.HAMPA

    ReplyDelete