Monday, December 21, 2009

Pengguna perbankan Internet perlu waspada

TERIMA kasih kerana dengan tersiarnya artikel mengenai kehilangan duit saya menerusi perbankan Internet dalam ruangan ini pada 14 Disember lalu, saya sudah mendapat maklum balas daripada bank berkenaan, walaupun keputusan amat mendukacitakan kerana wang tidak dikembalikan. Di sini ingin saya menyatakan pihak bank seperti mahu lepas tangan kerana menyatakan sekiranya saya tidak berpuas hati, saya harus melaporkan ke pihak Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) untuk menjalankan siasatan.

Di dalam surat itu juga, pihak bank menyatakan wang itu dipindahkan ke akaun 111XXXXXXXX. Selepas itu, saya menghubungi bank berkenaan untuk mendapatkan maklumat mengenai akaun itu, tetapi tidak dapat kerana terikat dengan polisi bank.

Tanpa membuang masa, saya pergi ke bank berdekatan untuk menyemak di mesin deposit dan didapati pemilik akaun nama penuhnya tidak dapat dibaca.

Saya amat memerlukan maklumat ini agar dapat diberikan kepada pihak polis bagi membantu siasatan. Harap selepas ini pengguna perbankan berhati-hati walaupun nombor tac dihantar ke nombor telefon bimbit kita.

Seharusnya, pihak bank tidak merahsiakan maklumat penjenayah perbankan ini kerana sudah ramai tertipu.


PENGGUNA KECEWA.

No comments:

Post a Comment