14 December 2009 Oleh Zulkifli Noordin pada 5:20 PM 1 komentar Label: PUSAT KHIDMAT KBB
Salam 2 all.
Saya ingin memberi penjelasan kepada masalah bekalan air di kawasan Selama, Kedah, khususnya kawasan pekan Selama.
Sebenarnya masalah bekalan air di Selama ini telah berlarutan sejak 10 tahun lepas sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi. Semasa kempen pilihanraya ke 12 lepas saya telah memberi tumpuan kepada masalah ini dan menjanjikan satu tindakan susulan. Sebaik sahaja terpilih menjadi Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, dalam sidang Parlimen awal saya telah pun membangkitkan isu ini. Malahan saya telahpun membuat lawatan ke kawasan pekan Selama, Taman Cempaka dan kawasan tangki air Selama, Kedah untuk meninjau masalah ini.
Saya dimaklumkan oleh Kementerian bahawa masalah air ini adalah masalah Kerajaan Negeri Kegeri dibawah seliaan Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah. Bermakna ini adalah masalah dibawah bidangkerja Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Bharu iaitu sahabat saya YB Yaakob Hussein dan saya telah pun memaklumkan kepada beliau untuk diambil tindakan susulan.
Bagaimanapun, nampaknya tiada sebarang tindakan susulan diambil dan masalah ini masih berlanjutan. Lalu saya telah membangkitkan isu ini dengan pegawai Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah Selatan iaitu Tuan Haji Rosli. Setelah beberapa taklimat, saya telah dimaklumkan bahawa masalah bekalan air di Selama ini adalah kerana tangki air yang bocor dan mempunyai masalah untuk diperbaiki. Oleh itu JBA Kedah Selatan telah memutuskan untuk menghantar bekalan air terus daripada paip utama daripada Serdang ke Selama tanpa melalui pengumpulan di tangki Selama.
Tetapi ini menyebabkan bekalan air terlalu kecil dan sering terganggu dan kekadang tekanan air terlalu rendah terutama dikawasan pekan Selama dan Taman Cempaka. Lalu saya membangkitkan isu ini ke peringkat negeri. Alhamdulillah Pengarah JBA Negeri Kedah telah memutuskan untuk membaiki tangki air di Selama, Kedah. Insyallah saya difahamkan kerja awalan untuk siasatan dan urusan memberi tender kontrak membaikpulih tangki akan dimulakan sebelum akhir tahun 2009 ini.
Diwaktu yang sama, saya diberi taklimat bahawa apabila kawasan loji pengumpulan air di Tangki Lubuk Buntar siap dan di commisionkan, bekalan air ke tangki Selama, Kedah akan dihantar terus daripada Lubuk Buntar. Loji air utama Lubuk Buntar dijangka siap didalam tempoh terdekat ini (mungkin kurang sebulan pun insyallah).
Insyallah dengan siapnya loji bekalan air Lubuk Buntar dan pembaikan pulih tangki Selama, Kedah maka masalah bekalan air di kawasan Selama khususnya kawasan Pekan Selama Kedah akan dapat diatasi.
Sementara itu, sekiranya penduduk Selama khususnya dikawasan pekan menghadapi masalah bekalan air, sila hubungi saudara Murugan, iaitu Juruteknik JBA Kedah Selatan bagi kawasan Selama, Kedah ditalian 012-4799218. Dan bagi yang ingin membuat aduan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, sila hubungi talian 04-910164 ataupun 013-4580914 (Puan Roslijah-Setiausaha Khas Ahli Parlimen) atau Tuan Haji Abdul Rahman Yusoff @ Pak Rahman (Pembantu Khas Ahli Parlimen bagi kawasan Bandar Bharu) ditalian 012-5782411.
Sekian harap maklum.
Wassalam dan terima kasih
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 Zulhijjah 1430
14 Disember 2009
hmmmmmmmmmmm..
ReplyDeleteaku sudah jemu dengar alasan2 yang selalu diberikan oleh mereka hyang bernama wakil rakyat...
seperti apa yang saudara maklumkan tadi setiap kali pilihan raya mesti mereka yang bernama wakil rakyat akan menabur pelbagai janji2 manis mereka baik BN mahupon pihak pembangkang..
kenapa ssah sangat ke nak atasi masalah yang dihadapi itu?
mane hilang tenaga2 pakar yang digajikan oleh kerajaan?
adakah air ini tidak memberi untung kepada kerajaan sebab itu kerajaan tidak ambik berat.
kesian kepada nasib2 penduduk selama yang selama ini terpaksa menjalani hidup dengan masalah bekalan air.
saya amat berharap kepada yang berwajib harus memainkan peranan seperti mne yang mereka janjikan ketika kempen pilihan raya berlangsung.
jangan cuma cakap pandai je..
tapi PENIPU yang teramat...
sanggup tengok anak kariah sendiri hidup macam pengemis dinegara sendiri